Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Daima, Siri Anime Baharu Francais! Goku Menjadi Kanak-kanak Semula!

Maira by Maira
October 13, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Dragon Ball Daima, Siri Anime Baharu Francais! Goku Menjadi Kanak-kanak Semula!

Sumber: Toei Animation

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak khabar angin mengenai siri baharu Dragon Ball, akhirnya pengumuman rasmi telah pun dibuat semasa New York Comic Con 2023! Diumumkan oleh Toei Animation, siri Dragon Ball Daima akan ditayangkan pada musim luruh 2024 (Oktober – Disember 2024). Bersama-sama pengumuman tersebut adalah trailer rasmi untuk Dragon Ball Daima. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Didedahkan bahawa pencipta siri, Akira Toriyama turut terlibat dalam penghasilan siri anime baharu ini malah menulis beberapa jalan cerita untuk episodnya.

Dragon Ball Daima membawa kita ikuti Goku, Vegeta, Bulma dan watak-watak lain yang telah kembali kepada zaman muda mereka. Dalam trailer anda boleh lihat versi kanak-kanak untuk watak-watak utama. Jalan cerita untuk Daima dikatakan akan berbeza daripada siri GT.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton siri baharu ini kan? Kualiti animenya juga nampak kemas, malah penggunaan CGI juga sangat bagus. Apa pun kita tunggu sahaja anime ini ditayangkan nanti pada tahun depan.

Sumber: Toei Animation

Untuk pengetahuan anda, siri Dragon Ball merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Akira Toriyama pada 1984 melalui majalah Shonen Jump Shueisha. Siri asal sudah pun tamat tetapi siri baharu, Dragon Super masih lagi diterbitkan. Francais ini sememangnya popular tidak kiralah dalam bentuk manga, anime mahupun game.

Filem terbaru siri, Dragon Ball Super: Super Hero juga telah ditayangkan pada tahun lepas di pawagam tempatan. Ia juga sudah tersedia untuk ditonton dalam talian melalui Crunchyroll.

Sumber: Toei Animation

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Dragon Ball daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Dragon BallDragon Ball DAIMA
ShareTweetSend
Previous Post

Preview EA Sports WRC – Mengalami sukan rally autentik!

Next Post

Tokyo Ghoul: Break the Chains Akan Lancar Secara Rasmi pada 9 November! Pra-daftar Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Tokyo Ghoul: Break the Chains Akan Lancar Secara Rasmi pada 9 November! Pra-daftar Sekarang!

Tokyo Ghoul: Break the Chains Akan Lancar Secara Rasmi pada 9 November! Pra-daftar Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd