Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball – Black Frieza, Transformasi Terkuat Saing God of Destruction!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball – Black Frieza, Transformasi Terkuat Saing God of Destruction!
Share on FacebookShare on Twitter

Mula muncul dalam Dragon Ball Z, Frieza mengukuhkan dirinya sebagai salah satu penjahat paling terkenal dalam alam semesta Dragon Ball. Jahat, licik dan kejam, dia tidak berhenti dalam misi untuk membalas dendam selepas dikalahkan oleh Goku dan rakan-rakan. Oleh itu, dalam manga Dragon Ball Super, dia telah mencapai transformasi serba baharu bertajuk Black Frieza.

Kredit: Akira Toriyama & Toyotarou/Shueisha

Belum lagi dikenalkan dalam anime, transformasi kuat ini diperkenalkan dalam Saga Granolah the Survivor, dan serta-merta mengejutkan Goku dan Vegeta dengan kekuatannya yang luar biasa, meletakkan Frieza di tahap yang sama seperti God of Destruction.

Bagaimana transformasi ini tercapai? Apakah tahap kekuatannya? Mari kita kaji.

Rupa Penampilan

Kredit: Akira Toriyama & Toyotarou/Shueisha

Sebagai Black Frieza, penampilannya berubah dengan drastik: bahagian bawah badan, leher, ekor, dan lengannya menjadi gelap, manakala pelindung kakinya, pelindung lengan, dan kebanyakan bahagian kepalanya berwarna perak metalik. Bahunya yang berwarna ungu dan kawasan wajah bahagian bawah kekal hampir sama.

Toyotarou, artis untuk Dragon Ball Super, memilih warna hitam untuk bentuk ini kerana ia adalah satu-satunya warna “melebihi emas”—malah membandingkannya dengan kad kredit hitam yang lebih bernilai daripada kad kredit emas.

Bagaimana Dia Dapat?

Petanda Frieza mencapai tahap kuasa baharu telah diusiki oleh Vegeta dalam Dragon Ball Super: Broly, di mana dia menyebut ancaman yang boleh diberi oleh Frieza jika penjahat itu membuka transformasi baharu. Tepat dengan ramalan ini, Frieza kembali dengan transformasi yang melampaui bentuk Golden-nya.

Kisah di sebalik transformasi ini tidaklah begitu rumit. Di atas salah satu planet yang pernah Frieza menakluk sebenarnya menyembunyikan Hyperbolic Time Chamber. Di sana, dia berlatih di dalamnya selama sepuluh tahun, membolehkan Frieza menguasai bentuk itu sepenuhnya.

Kredit: Akira Toriyama & Toyotarou/Shueisha

Tidak seperti bentuk Golden Frieza, yang mempunyai kelemahan stamina, Black Frieza mengandungi kuasa penuh yang tidak terkawal. Selepas mengasah keupayaannya dalam jangka masa yang panjang, Frieza mampu menghapuskan setiap kelemahan dahulu, menjadikan bentuk ini jauh lebih stabil dan efisien.

Menurut majalah V-Jump, kuasa Black Frieza sangat besar sehingga sukar untuk diukur, meletakkannya setanding dengan para God of Destruction seperti Beerus dan Champa.

Kredit: Akira Toriyama & Toyotarou/Shueisha

Satu-satunya contoh kehebatan kuasa ini adalah apabila Frieza tiba di Planet Cereal. Dengan satu pukulan yang kejam, dia membunuh Awakened Gas, menunjukkan kehandalannya dalam bentuk Black Frieza dengan bertukar masuk dari bentuk itu.

Kemudian, dia menghadapi Goku dan Vegeta, yang kedua-duanya berada di puncak kekuatan masing-masing—True Ultra Instinct dan Ultra Ego. Dengan mudah, dia menumbangkan mereka dengan satu tumbukan ke perut masing-masing. Hal ini sudah cukup untuk mengukuhkan kedudukan Black Frieza dalam hierarki kuasa Dragon Ball.

Kredit: Akira Toriyama & Toyotarou/Shueisha

Setakat ini, itu sahaja yang kami tahu. Dengan ancaman baharu ini, adakah Goku dan Vegeta cukup kuat untuk menghadapi Black Frieza jika dia serius?

Baca segala liputan kami tentang Dragon Ball di SINI.

Tags: Black FriezaDragon Ball
ShareTweetSend
Previous Post

Berapa Lama Diperlukan Untuk Melengkapkan Koleksi Kad Pokémon TCG Pocket?

Next Post

Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Meraikan 1000 Hari dengan Kempen Baru & Ganjaran Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Meraikan 1000 Hari dengan Kempen Baru & Ganjaran Percuma!

Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Meraikan 1000 Hari dengan Kempen Baru & Ganjaran Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd