Bagi pemain Pokémon Trading Card Game (TCG) Pocket yang ingin melengkapkan koleksi kad mereka, kesabaran adalah pengajaran utama. Seorang pemain telah mengira bahawa ia akan mengambil masa sekitar 655 hari bagi pemain free-to-play untuk mengumpulkan setiap kad dalam set Genetic Apex tanpa perlu membelanjakan wang sebenar.
Kajian ini dilakukan berdasarkan jumlah kad yang ada sekarang di dalam set Genetic Apex. Kad baharu yang bakal ditambahkan tidak termasuk dalam kiraan ini.
Simulating how many days it would take to get a complete collection (WITH GRAPHS!)
byu/TCGPCollector inPTCGP
Set Genetic Apex bukan sahaja merangkumi kad biasa tetapi juga kad “tersembunyi” yang jarang dan sukar diperoleh, lantas menjadi cabaran besar bagi pemain yang ingin mengumpulkan semua kad. Menurut pengiraan yang dikongsi oleh TCGPCollector di Reddit, pemain yang tidak berbelanja akan perlu meluangkan hampir dua tahun masa permainan untuk mendapatkan setiap kad dalam set ini.
Selain daripada misi harian dan aktiviti lain, pemain juga mempunyai pilihan untuk menggunakan Wonder Picks atau mata wang lain untuk membeli kad tertentu. Jika mereka tidak menggunakannya, mereka perlu membuka kira-kira 3,687 pek kad untuk melengkapkan set Genetic Apex sepenuhnya, menurut TCGPCollector.
Walaupun Pokémon TCG Pocket boleh dimainkan secara percuma, pemain yang ingin mempercepatkan proses mengumpul kad boleh memilih untuk membuat pembelian dalam game. Bagi mereka yang memilih untuk melanggan Premium Pass, yang berharga RM49.90 sebulan, masa yang dianggarkan untuk melengkapkan set ini berkurangan kepada sekitar 437 hari.
Walaupun dengan kelebihan ini, melengkapkan set tersebut masih memerlukan lebih daripada setahun untuk bermain—menyerlahkan lagi cabaran yang terdapat dalam model free-to-play game ini.
Dilancarkan pada 30 Oktober untuk peranti iOS dan Android, Pokémon TCG Pocket sudah mencetuskan fenomena. Dalam tempoh empat hari sahaja selepas pelancaran, game ini menjana lebih daripada $12 juta dalam pendapatan dan melebihi 10 juta muat turun keseluruhan.
Kejayaan awal ini menonjolkan daya tarikan francais Pokémon dan populariti format kad digital, terutamanya dalam kalangan peminat yang teruja untuk mengumpul, bertarung, dan akhirnya bertukar-tukar kad antara satu sama lain
@gamersantaimy
Discussion about this post