Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC baru Assassin’s Creed Valhalla: The Siege of Paris akan tiba pada 12 Ogos ini bersama acara Sigrblot Season!

Sigrblot Season bermula Khamis 29 Julai sehingga 19 Ogos

Amir Haziq by Amir Haziq
July 27, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Epic Store, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Real time strategy, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
DLC baru Assassin’s Creed Valhalla: The Siege of Paris akan tiba pada 12 Ogos ini bersama acara Sigrblot Season!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pengembangan DLC kedua untuk Assassin’s Creed Valhalla, bertajuk The Siege of Paris pada 12 Ogos ini. Di samping itu, mereka turut melancarkan Sigrblot Season pada Musim 3 yang menampilkan ganjaran eksklusif dan aktiviti untuk diakses pemain semasa acara ini. Sirgblot Festival akan bermula secara langsung bermula hari Khamis 29 Julai ini sehingga 19 Ogos untuk semua pemain. Anda boleh lihat video trailer Sigrblot Season dibawah.

The Siege of Paris akan membawa pemain ke Francia sebagai pengembaraan baru Eivor di jalan berbahaya yang penuh dengan quest dalam kawasan luar bandar Frank dan menuju ke pertempuran penaklukan dalam sejarah Viking. Pemain akan menggunakan senjata, kemahiran, kebolehan dan peralatan baru serta dapat bermain semula Black Box Mission dalam DLC kedua ini. Anda bebas untuk memilih cara terbaik menghapuskan sasaran yang ditentukan semasa melakukan misi. The Siege of Paris akan tersedia untuk semua pemilik Season pass atau boleh dibeli pada harga RM79.

Selain itu, bermula hari Khamis, 29 Julai juga anda dapat meraikan musim panas dalam Sigrblot Festival, iaitu acara tradisional Viking yang merayakan permulaan musim Raiding. Pemain boleh bermain di acara ini sehingga 19 Ogos dengan pelbagai aktiviti tersedia di perkampungan Ravensthorpe seperti:

  • Permainan mini Flyting, Fight Tournament, dan Dice Game
  • Tiga quest baru tersedia
  • Hadiah eksklusif termasuk hiasan penyelesaian, barang penyesuaian, dan senjata. Terutama, pedang satu tangan Skrofnung dapat diperoleh dengan token Sigrblot di kedai festival untuk waktu yang terhad sebelum ia berakhir.

Di festival ini juga, anda perlu sampai ke England dan menyelesaikan salah satu arc cerita pertama, iaitu Grantebridgescire atau Ledecestrescire dan mencapai ke level 2. Kemaskini tambahan sedang dirancang sebelum akhir musim ini dan akan membawa pek peta River Raids baru, bersama destinasi di sepanjang sungai Francia serta Ireland.

Bersama DLC ini, Ubisoft turut memberikan album soundtrack The Siege of Paris di hari pelancaran kepada para pemain Assassin’s Creed Valhalla. Anda boleh mendengar trek pertama album bertajuk “Hásæti” yang disusun oleh Stephanie Economou, dengan elemen yang membangkitkan kerohanian dan kedalaman muzik serta vokal bersesuaian jalan cerita. Lirik ini dinyanyikan dalam Old Norse, dan “Hásæti” bermaksud “Seat of Honor”.

Assassin’s Creed Valhalla menawarkan pengalaman menarik kepada pemain sebagai Eivor, iaitu pejuang Viking legenda yang dibawa dari Norway kerana perang yang tidak berkesudahan dan kekurangan sumber pada abad kesembilan Masihi. Pemain dapat menghidupkan kembali gaya tempur kejam dari pejuang Viking dengan sistem kombat dual-wielding, dan merasai ciri gameplay baru seperti raid, assault dan settlement. Keputusan pertempuran dan pilihan dialog dapat mempengaruhi dunia game ini, jadi pemain harus memilih dengan bijak untuk melindungi rumah klan dan masa depan mereka.

DLC The Siege of Paris boleh dibeli pada harga RM79 dan akan tersedia bermula 12 Ogos ini. Anda juga boleh menyertai acara Sigrblot Festival pada 29 Julai ini untuk mendapatkan ganjaran menarik. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Assassin’s Creed Valhalla, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Muat turun di sini
Assassin’s Creed Valhalla
Publisher: Ubisoft
Developer: Ubisoft Montreal
Release Date: 2020-11-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Assassin’s Creed Valhalla akan melemparkan pemain ke abad ke-9 England, sebuah zaman di mana kerajaan Inggeris saling berperang sesama sendiri bersama Viking. Sebagai seorang askar Viking bernama Eivor, pimpin klan anda untuk membina petempatan baru di tengah-tengah kemaraan kuasa penjajah Inggeris.
Tags: Assassin's Creed ValhallaDLCThe Siege of Parisubisoft
Previous Post

PUBG PC & konsol mungkin pergi ke arah Free-To-Play!

Next Post

Football Manager membawa siri Bola Sepak Wanita ke dalam permainan mereka!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Football Manager membawa siri Bola Sepak Wanita ke dalam permainan mereka!

Football Manager membawa siri Bola Sepak Wanita ke dalam permainan mereka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd