Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Disney+ Malaysia rasmi datang pada 1 Jun! Harga langganan hanya RM 54.90 selama 3 bulan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2021
in Artikel, Berita, Disney+
0 0
0
Disney+ Malaysia rasmi datang pada 1 Jun! Harga langganan hanya RM 54.90 selama 3 bulan!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah spekulasi dan khabar angin selamat berbulan-bulan, tarikh pelancaran Disney+ di Malaysia akhirnya diumumkan! Semasa acara “Walt Disney Company Media Day“, syarikat itu telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Disney+, akan datang dalam bentuk Disney+ Hotstar di pasaran negara kami, dan secara rasmi akan bermula pada 1 Jun.

Sumber – lowyat.net

Dari segi harga, Disney+ Hotstar berharga RM 54.90 melalui pelan langganan 3 bulan (perkhidmatan ini mungkin berharga sekitar RM 18.30 kalau sebulan). Pengguna Malaysia juga boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut melalui pakej khas dari Astro tetapi maklumat lanjut tentang pakej ini belum didedahkan pada masa ini. Yang pasti, pakej ini telah dinyatakan di laman web rasmi Disney+ Hotstar Malaysia yang menjamin bahawa pelanggan Astro Movie Pack akan mendapat akses ke perkhidmatan tersebut.

Bagi mereka yang tidak tahu, ia bertumpu kepada kandungan filem dan televisyen dari Walt Disney Studios dan Walt Disney Television. Filem dan siri televisyen asal berdasarkan harta intelek baru dan sedia ada juga dirancang termasuk kandungan dari Disney, Pixar, Marvel, Lucasfilm, National Geographic dan 20th Century Fox. Antara rancangan yang kita boleh tonton sekarang termasuk siri The Mandalorian (Star Wars), siri WandaVision, The Falcon and the Winter Soldier (Marvel), filem-filem Marvel Cinematic Universe, filem Disney (Frozen 2, Aladdin) dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Disney+ Malaysia juga mengandungi sejumlah kandungan filem, rancangan, dan animasi buatan negara kita seperti J2: J Retribusi, Ejen Ali The Movie, KL Special Force, Zombitopia, dan lain-lain. Harap maklum bahawa pelanggan dapat menonton di seluruh peranti telefon yang serasi, desktop atau di TV bersambung terpilih. Senarai peranti yang serasi kita akan kemas kini pada kemudian hari.

Akhirnya, kita tidak perlu menggunakan lagi VPN, atau apa-apa cara lain yang melecehkan. Pengalaman sangat mudah sekarang di mana kita hanya perlu muat turun aplikasi atau buka laman web dan tonton sahaja.

Sumber – Disney+ Hotstar Malaysia

Tags: AstrodisneyDisney+ HotstarMalaysiaMarvelPixar
Previous Post

League of Legends akan ke Netflix dalam siri animasi ARCANE!

Next Post

Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation

Sony mengumumkan kerjasama dengan Discord untuk menghasilkan platform sosial PlayStation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd