Perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, iaitu Disney+ Hotstar kini telah dilancarkan bermula hari ini. Disney+ menawarkan cara baru bagi menikmati kandungan hiburan popular dan ikonik seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta National Geographic. Anda juga dapat menikmati pelbagai siri hiburan dan filem umum tidak kira umur untuk karya tempatan serta Asia yang hebat!
Bermula 1 Jun ini, pengguna boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi laman rasmi Disney+ Hotstar atau memuat turun dari aplikasi di Android dan iOS bagi menikmati penstriman dengan harga RM54.90 selama tiga bulan. Malah, pelanggan Astro Movies Pack berpeluang menikmati pelbagai pakej istimewa, dan pelanggan Astro yang lain boleh mendapat lanjut di laman rasmi Astro.
Disney+ Hotstar akan membawa pelbagai hiburan tidak kira umur, dengan pelbagai pilihan terdiri daripada 800 filem dan 18 ribu episod terbitan The Walt Disney Company yang hebat! Antara rancangan yang wajib anda tonton adalah seperti Raya and the Last Dragon, Luca, Avengers: Endgame, Frozen 2, Loki, The Falcon and The Winter Soldier, WandaVision dan The Mandalorian. Terdapat juga filem dan siri drama buatan Malaysia yang dinantikan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Semanis Senyumanmu dan Wifi Sebelah Rumah.
Pengalaman tontonan Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio terbaik
Dengan semakin banyak filem dan siri TV tersedia dalam format Dolby Vision HDR serta Dolby Audio, pengguna boleh menstrimkan rancangan kegemaran mereka menerusi Disney+ Hotstar dengan kualiti visual dan audio yang hebat! Pengguna juga boleh menikmatinya melalui aplikasi Android TV dan Apple TV. Dolby Vision menawarkan kualiti imej yang ultra jelas, dan Dolby Audio pula untuk bunyi yang lagi terperinci serta kesan bunyi yang realistik.
Pengarah urusan bahagian pasaran baru, Pankaj Kedia menyatakan mereka sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Disney+ Hotstar untuk membawa kualiti audio dan visual terbaik di Malaysia. Dengan dua gabungan tersebut, penonton pasti dapat menikmati pengalaman menakjubkan semasa strim .
Susulan pelancaran ini, pelanggan boleh menstrimkan Disney+ Hotstar pada pelbagai peranti TV mudah alih dan bersambung yang serasi, termasuk pemain media penstriman. Setiap akaun yang didaftarkan dapat menyokong dua strim serentak, serta kandungan boleh dimuat turun pada telefon bimbit dan tablet. Perkhidmatan ini juga bebas iklan dan mempunyai kandungan khusus untuk kanak-kanak, serta UI yang mesra kanak-kanak.
Untuk maklumat lebih lanjut lanjut serta mendapat info terkini, anda boleh layari laman rasmi Disney Plus. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Disney+ Hotstar anda sekarang sementara tawaran semurah RM54.90 untuk tiga bulan ini masih ada!
@gamersantaimy
Discussion about this post