Acer Malaysia hari ini, secara rasminya melancarkan ConceptD, jenama baharu bagi komputer meja, komputer riba dan monitor bermutu tinggi, yang direka khusus untuk pereka grafik, pembikin filem, juruanimasi, pengilustrasi, jurutera, pembangun-pembangun dan apa sahaja bidang kreatif. ConceptD membolehkan pereka cipta menumpukan sepenuh perhatian dalam proses kreatif dan menzahirkan potensi sebenar mereka.
“Peranti ConceptD adalah direka bagi keperluan kreatif kerana pemprosesan berprestasi tinggi dan kad grafik boleh menangani beban kerja yang rumit, namun kekal senyap. Prestasi yang sarat dengan kuasa itu dipersembahkan di dalam reka bentuk minimal bagi menginspirasi pereka cipta untuk melahirkan idea kreatif dengan lancar. Pilihan peranti di bawah jenama ini bakal memberi kelainan dan membuka landasan baru di dalam industri kreatif,’’ kata Chan Weng Hong, Pengurus Besar Produk, Jualan dan Pemasaran Acer Sales & Services Sdn Bhd.
Reka bentuk ConceptD tidak lekang dek masa menginspirasi kreativiti Komputer meja dan riba ConceptD didatangi dengan reka bentuk yang menggiurkan, berwarna putih atau hitam (matte-black) yang tak lekang dek masa. Diganding pula dengan warna kuning jingga sebagai cahaya pada papan kekunci, dan estetika reka bentuk yang licin dan menyeluruh, peranti ConceptD membolehkan profesional kreatif menumpukan perhatian sepenuhnya kepada proses mereka cipta.
Bagi memastikan Siri ConceptD adalah rakan paling sempurna bagi pereka cipta, peranti tersebut mengeluarkan bunyi kurang daripada 40 db semasa dalam keadaan terpaku. Ini dicapai dengan mengoptimumkan sistem penyejukan senyap di dalam komputer meja ConceptD 500 dengan tiga kipas penyejukan manakala komputer riba ConceptD 3 Pro, 5 Pro, 7, 7 Pro, 9 Pro kekal senyap dengan Kipas 3D AeroBlade Generasi Ke-empat Acer.
Dibina untuk kejituan, komputer riba ConceptD didatangkan dengan paparan Pantone Validated sehingga 4K IPS. Meliputi 100 peratus gamut warna Adobe RGB di dalam model spesifik, pereka cipta boleh yakin bahawa warna yang dipilih adalah setepat yang mungkin. Dengan pilihan luas gamut warna, paparan monitor boleh mencapai ketepatan warna mengagumkan setinggi Delta E<1.
Pilihan komputer riba ConceptD bermula daripada peringkat permulaan (entry-level) sehingga jentera
kreatif paling termaju bagi pereka cipta yang memerlukan peranti berkuasa dan boleh diharapkan. Reka
bentuknya telah menerima anugerah dan menonjol, serta diiktiraf oleh Anugerah Reka Bentuk Terbaik
2019.
Barisan pilihan komputer riba ConceptD Pro mengandungi pemprosesan grafik terhebat dengan kad
grafik profesional NVIDIA Quadro dan ciri-ciri Intel Core i7-9750H. Dengan menggunakan pengantaramuka pengguna ConceptD Palette yang mudah dan intuitif, pereka cipta kini boleh mengubah profil warna, sistem monitor dan menukar penetapan secara mudah. Terdiri daripada ConceptD 3 Pro, ConceptD 5 Pro, ConceptD 7, 7 Pro dan ConceptD 9 Pro, pilihan siri ini adalah untuk pereka cipta yang tidak mahu berkompromi apabila bekerja sambil kerap bergerak.
Model ConceptD 9 Pro didatangkan dengan 32GB RAM and 1TB PCIe NVMe SSD. Dipasang dengan NVIDIA Quadro RTX5000 bagi memberi kuasa kreatif paling canggih, ConceptD 9 Pro adalah komputer riba ideal untuk tugas-tugas 3D yang rumit. Paparan sentuh 17.3-inci berciri Pantone Validated 4K UHD IPS menyajikan ciri 100% Adobe® RGB dan 100% sRGB gamut warna dengan ketepatan warna Delta E<1.
ConceptD 9 Pro juga menawarkan Ezel Aero Hinges yang membolehkan pereka cipta mengubah paparan mengikut keperluan mereka. Dengan kawalan tepat, pantas berserta 4,096 tahap sensitiviti tekanan, ConceptD 9 Pro memberi simulasi pengalaman tulen menulis dan melakar dengan pen Wacom EMR, yang boleh dilekat pada komputer riba secara magnetik. ConceptD 9 Pro yang direka khusus boleh didapati pada harga RM18,999.
Sementara itu, ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro adalah direka untuk tugasan kreatif seperti yang dilakukan oleh editor video dan pereka grafik bergerak. Komputer riba bertenaga yang boleh memasukkan video atau mencipta animasi 3D secara pantas dan lancar, adalah apa yang boleh dilakukan oleh ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro. Ia dicapai dengan kad grafik profesional NVIDIA berkuasa dan 16GB RAM serta 512GB PCIe NVMe SSD.
Model ConceptD 7 dan 7 Pro juga membolehkan pereka cipta mempamerkan hasil kerja mereka menerusi paparan 15.6-inci Pantone® Validated 4K UHD IPS dengan 100% Adobe® RGB gamut warna dan ketepatan warna Delta E<2. ConceptD 7 Pro dijual runcit pada harga RM8,699 dan RM12,999 untuk NVIDIA Quadro RTX3000 dan NVIDIA Quadro RTX5000; manakala ConceptD 7 dilengkapi NVIDIA GeForce RTX2060 dan 6GB VRAM dijual pada harga RM9,999. ConceptD 7 boleh didapati sekarang di stor dalam talian rasmi Acer terpilih dan Acer Concept Store seperti tersenarai berikut, manakala ConceptD 7 Pro boleh didapati menerusi tempahan.
-
Stor Dalam Talian Rasmi Acer
-
Acer Online Store – Laptop@Shopee
-
Clickasia@Lazada
-
Acer Authorized Store@Lazada
-
Acer Online Store
-
-
Acer Concept Store
-
Malaysian House of Internet@Plaza Low Yat, KL
-
SNS Network@Plaza Low Yat, KL
-
SNS Network@The Mines, Seri Kembangan
-
Brightstar Computer@IOI City Mall, Putrajaya
-
Notebook Pro@Digital Mall, Petaling Jaya
-
Clicknet Technology@Sunway Pyramid, Petaling Jaya
-
Style-Vision@The Mall, Mid Valley Southkey, JB
-
Bagi membolehkan mereka cipta semasa bergerak, pereka cipta boleh membawa animasi dan simulasi
rumit CAD semasa bertemu pelanggan dan mengedit serta menayangkan dalam masa sebenar dengan ConceptD 5 Pro yang berharga pertengahan. Dengan ketepatan warna Delta E<2, paparan Pantone Validated 4K UHD IPS boleh memberikan 100% Adobe RGB gamut warna. Pereka cipta boleh menempahnya menerusi emel kepada [email protected], ConceptD 5 Pro diatur dengan NVIDIA Quadro T1000 dan paparan 15.6-inci ditawarkan pada harga RM6,999 manakala model NVIDIA Quadro RTX3000 ditawarkan dengan pilihan paparan 15.6-inci dan 17.3 inci, masing-masing berharga RM7,999 dan RM8,699. Setiap varian didatangkan dengan 16GB RAM dan 512GB PCIe NVMe SSD.
Direka untuk pereka cipta yang memerlukan komputer riba cukup berkuasa untuk mengendali model
CAD bersaiz sederhana dan juga rumit dengan pantas dan ketepatan, model permulaan ConceptD 3 Pro
didatangkan dengan kad grafik NVIDIA Quadro T1000 beserta paparan 15.6 inci FHD IPS Pantone Validated yang mempunyai ciri Delta E<3. Model ConceptD 3 Pro, berharga RM5,999.
Komputer meja canggih ConceptD 500 mengandungi kad grafik profesional NVIDIA Quadro P2000, membolehkan penggunaan kesan visual termaju, membina model 3D yang rumit, simulasi, serta AI dan pembangunan pembelajaran mendalam. Hitungan teras yang tinggi membawa bebanan masa menurun dan kepelbagaian tugas ke tahap ekstrem dan pada masa sama, mencapai kedayaupayaan, kestabilan dan keselamatan berkelas perusahaan. Digandingkan dengan pemproses Intel® Core™ i7 9700k, 16GB RAM dan 256GB SSD + 1TB HDD, komputer meja ConceptD 500 mempercepatkan aliran kerja pereka cipta untuk editor video, pereka grafik, juruanimasi dan artis 3D, jurugambar dan penyiar seumpamanya.
Direka untuk disesuaikan di dalam mana-mana studio moden, ConceptD 500 memiliki reka bentuk minimalis bucu berbentuk bujur berwarna putih dengan rupa kayu pada bahagian atas dan panel hadapan tiga segi. Dibalik estetika ringkas adalah susunan barisan fungsi yang praktikal dan berguna termasuk pengecasan tanpa wayar Qi, barisan port sambungan berkelajuan tinggi, sambungan untuk set kepala yang direka menarik dan pengurusan kabel di belakang bagi memastikan ia sentiasa bersih dan kemas di bahagian belakang.
ConceptD Palette membolehkan pereka cipta memantau sistem CPU, GPU dan penggunaan memori manakala Petunjuk Kesihatan Sistem memberi cahaya amaran menerusi butang kuasa dan cahaya LED kuning emas secara serentak bagi memberi amaran mengenai kemungkinan kerosakan bagi melakukan pemeriksaan pencegahan. Sistem ini juga didatangkan dengan amaran pencerobohan bagi mengelak akses haram. ConceptD 500 didatangkan dengan waranti di tapak selama 3 tahun dan boleh didapati sekarang pada harga RM7,999 di stor dalam talian rasmi Acer dan Acer Concept Store seperti berikut.
-
Stor Dalam Talian Rasmi Acer
-
Acer Online Store@Shopee
-
Clickasia@Lazada
-
Acer Store – Aoneplus@Lazada
-
Acer Online Store
-
-
Acer Concept Store
-
SNS Network@Plaza Low Yat , KL
-
SNS Network@The Mines, Seri Kembangan
-
Clicknet Technology@Sunway Pyramid, Petaling Jaya
-
Style-Vision@The Mall, Mid Valley Southkey, JB
-
Pereka cipta memerlukan ketepatan warna di sebalik apa yang lazimnya monitor biasa boleh tawarkan dan oleh itu, Acer mencipta monitor ConceptD UHD. Menawarkan ciri ketepatan warna mengagumkan Delta E<1 dan kemasan hitam moden dan licin dengan asas bercorak kayu, monitor baharu Pantone Validated adalah dioptimumkan untuk pereka cipta lakukan lebih lagi.
Tugas mereka bentuk profesional memerlukan alat-alat profesional. Dapatkan kelebihan profesional dengan paparan dilengkapi dengan Pantone® Validated, Delta E<1, and 93% DCI-P3 – menjadikan monitor ConceptD CP7271K P, yang memaparkan konsep reka bentuk secara terbaik dalam perinciannya. Paparan itu ditentukur untuk mengeluarkan ketepatan warna yang bagaikan hidup. Ia menunjukkan keupayaan hebat menghasilkan Warna Pantone Matching System (PMS). Dan, ketepatan warna adalah pada tahap profesional mengagumkan iaitu gamut 99% Adobe® RGB.
Kualiti segar HDR dijamin oleh VESA Certified DisplayHDR 1000. Dilengkapi paparan G-Sync Ultimate dengan kadar segar yang boleh mencapai 144Hz, pengguna dijamin tidak mengalami imej kabur. Ciri-ciri luar biasa monitor ini menyajikan paparan 27” 4K UHD IPS disokong oleh teknologi warna yang memastikan pengeluaran warna terang, benar-benar hidup. ConceptD CP3271K P adalah monitor 27-inci dengan VESA-Certified DisplayHDR 400, paparan 27- inci 4K UHD dan gamut warna luas 90 peratus DCI-P3 ruang warna. Ia juga G-Sync Compatible sehingga 144Hz kadar segar dan tempoh maklum balas 1ms.
Memahami pereka cipta tidak suka berhenti ketika idea mencurah-curah, ConceptD CP7271K P dan
ConceptD CP3271K P juga didatangkan dengan Ergostand yang boleh dicondong, dipusing dan diubah ketinggiannya bagi mendapatkan kedudukan pemandangan ideal, terutama apabila kedudukan duduk berubah. Dengan pelindung cahaya, persekitaran teduh tercipta untuk membolehkan pereka cipta memberi tumpuan dan menumpu kepada tugasan. Didatangkan dengan waranti di tapak selama 3 tahun, ConceptD CP7271K P dan ConceptD CP3271K P boleh didapati pada November 2019, masing-masingnya pada harga RM6,999 dan RM3,399 di stor dalam talian rasmi Acer dan Acer Concept Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post