Shout! Factory dan Toei Animation mengumumkan mereka akan melancarkan filem anime Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna secara digital September ini dan video Oktober ini! Toei Animation akan melancarkan filem secara digital di Amazon Prime Video, iTunes, Microsoft dan Sony PlayStation Network pada 29 September 2020. Manakala Shout! Factory kemudian akan melancarkan anime ini pada pakej kombo DVD dan Blu-ray Disc pada 6 Oktober. Kedua-dua siaran termasuk kedua-dua sari kata Inggeris dan dub Inggeris.
Shout! Factory juga mendedahkan pelakon suara Inggeris yang lengkap:
- Joshua Seth sebagai Tai Kamiya
- Nicolas Roye sebagai Matt Ishida
- Johnny Yong Bosch sebagai TK Takaishi
- Tara Sands sebagai Kari Kamiya
- Mona Marshall sebagai Izzy Izumi
- Robbie Daymond sebagai Joe Kido, Armadillomon
- Colleen O’Shaughnessey sebagai Sora Takenouchi
- Kate Higgins sebagai Mimi Tachikawa, Gatomon
- Erika Harlacher sebagai Menoa Bellucci
- Kaiji Tang sebagai Kyotaro Yamada
- Tom Fahn sebagai Agumon
- Kirk Thornton sebagai Gabumon
- Laura Summer sebagai Patamon
- Anna Garduno sebagai Palmon
- Jeff Nimoy sebagai Tentomon
- Cherami Leigh sebagai Biyomon
- Bob Klein sebagai Gomamon
- Griffin Burns sebagai Davis Motomiya
- Bryce Papenbrook sebagai Cody Hida
- Jeannie Tirado sebagai Yolei Inoue
- Derek Stephen Prince sebagai Ken Ichijouji, Veemon
- Paul St. Peter sebagai Wormmon
- Christopher Swindle sebagai Hawkmon
Sebelum ini, Shout! Factory pada mulanya merancang untuk mengeluarkan pek kombo DVD dan Blu-ray Disc pada 7 Julai, tetapi menangguhkannya “kerana kelewatan pengeluaran” yang seperti ramai tahu akibat pandemik COVID-19. Filem anime Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna ditayangkan di GSCinemas Malaysia pada 1 Julai 2020 lalu dan mendapat rank Top 1 untuk dua minggu berturut-turut untuk tayangan di Malaysia!
THANK YOU MALAYSIA for making #DigimonMovie the #1 Movie 2 weeks in a row!! Get your tickets and watch it again in GSC! #GSCLoveYou3000
Posted by GSCinemas on Sunday, July 12, 2020
Lagu tema pembukaan filem ini adalah pembukaan “Butter-Fly” dari anime Digimon Adventure pertama oleh mendiang penyanyi Kouji Wada. Filem ini menggunakan lagu versi 1999 yang asli tanpa susunan baru. Dua lagi penyanyi veteran Digimon, Ayumi Miyazaki dan AiM (Ai Maeda), menyumbangkan lagu sisipan baru dan lagu tema akhir baru, masing-masing, untuk filem ini. Harumi Fuuki (Birthday Wonderland, Forest of Piano, Miss Hokusai) menyusun soundtrack muzik.
Tak sabar nak beli filem ini secara elok dan bukan cara lanun~ So.. Nantikan September ini untuk versi Digital, dan pek kombo DVD/ Blu-ray pada Oktober 2020.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post