Isu terbaru Weekly Jump mempamerkan Digimon Survive, merupakan game bergenre Survival Similation RPG yang mementingkan cerita dan juga pilihan yang akan di lancarkan untuk PlayStation 4 dan juga Nintendo Switch. Ianya akan dilancarkan pada tahun 2019. Jom, kita lihat ciri game ni secara mendalam.
Protagonis untuk Digimon Survive adalah Takuma Momotsuka, seorang budak lelaki yang secara tiba-tiba di bawa dari kem ke satu tempat di mana tempat raksasa merbahaya berkeliaran. Bersama dengan rakan Digimon, Agumon, dengan berani, Takuma berdepan dengan pelbagai halangan dan rintangan untuk pulang ke rumah.
Di bawah beberapa rincian yang perlu diambil berat:
- Pilihan korang akan menjejaskan Digivolution dan juga penceritaan – Pilihan yang korang buat semasa pengembaraan akan mengubah perkembangan penceritaan. Juga, digivolusi yang berubah semasa perlawanan.
- Meneroka dunia lain – Kunci kepada cerita tersembunyi dalam pelbagai point dan tempat.
- Simulasi perlawanan di mana pilihan akan menentukan kejayaan – Gerakkan Digimon korang dan berlawan dengan musuh. Semasa berlawan, “energy” digunakan untuk melakukan sebarang tindakan, termasuk digivolusi.
Buat masa sekarang ini, info yang kami dapat sedikit sahaja. Mereka mempunyai website tersendiri, tetapi belum lagi dibuka untuk orang awam. Jadi, apa-apa pun, tunggu info lanjut dari kami, tentang Digimon Survive!
@gamersantaimy
Discussion about this post