Hari ini, Blizzard Entertainmentmengumumkan bahawa Diablo IV telah memecahkan rekod baharu dengan menjadi game paling pantasterlaris sepanjang masa, di mana ia mencatatkan jualan unit “pre-launch” tertinggi di kedua-dua konsol dan PC.
Walaupun Diablo IV baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada hari semalam, Blizzard membuka akses awal untuk game ini sejak 1 Jun lalu. Dalam tempoh pendek itu, Diablo IV telah dimainkan selama lebih 94 juta jam yang bersamaan lebih 10,000 tahun.
Pengurus besar Diablo, Rod Fergusson berkata:
“Kami amat berbangga untuk menawarkan cerita terkaya yang pernah diceritakan dalam game Diablo kepada pemain. Pemain mempunyai pelbagai pilihan, termasuk customization untuk watak peribadi, melengkapkan skil khas untuk memerangi syaitan yang mengerikan, atau mengumpul barang Legenda bagi menyokong gaya permainan anda sambil menemui perkara baharu.
“Sejak game ini pertama kali diumumkan pada tahun 2019, sokongan daripada berjuta-juta pemain di seluruh dunia mendorong kami ke arah pelancaran Sanctuary versi gelap kami.
Kredit: Blizzard Entertainment
Presiden Blizzard Entertainment, Mike Ybarra menambah:
“Visi kami di Blizzard adalah untuk mencipta pengalaman legenda untuk dikongsi semua, dan Diablo IV adalah realisasi luar biasa terhadap visi itu. Dengan gameplay yang sangat customizable, penceritaan yang menarik dan banyak pilihan tentang cara berinteraksi dengan dunia, alam semesta Diablo merupakan contoh cemerlang kepada kemampuan pasukan pembangunan berbakat kami.”
“Sama ada anda seorang veteran siri ini atau baru terjun ke Sanctuary buat kali pertama, kami mengalu-alukan pemain untuk pelancaran global Diablo IV.”
Berlatarkan 50 tahun selepas peristiwa Diablo III: Reaper of Souls, Diablo IV bermula dengan seruan Lilith, yang kembali ke alam Sanctuary. Dunia kini dipenuhi dengan makhluk yang mengerikan, dan hanya orang yang paling berani dapat menentang ancaman ini.
Diablo IV menampilkan dunia ARPG luas, yang boleh diterokai oleh pemain sebagai mana-mana pilihan kelas mereka — Druid yang berubah bentuk, Rogue yang tangkas, Sorcerer yang berkuasa elemental, Barbarian yang kejam dan Necromancer yang licik. Tiada jalan tetap; pemain dapat memilih cara mereka mahu maju, sama ada fokus mengejar Lilith atau meneroka sudut setiap rantau, sambil membina kekuatan mereka.
Kredit: Blizzard Entertainment
Tanah Sanctuary penuh dengan pelbagai biom dan makhluk berbeza, di mana kemahiran pemain akan diuji ketika anda merentasi lima wilayah di lebih 120 dungeon dan berpuluh-puluh side-quest. Selepas melengkapkan jalan cerita utama, pemain boleh meneroka aktiviti end-game untuk meneruskan pengembaraan mereka dan berkembang lebih kuat dalam kuasa.
Buat mereka yang berminat, Diablo IV kini boleh dimainkan di Windows PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4 serta boleh bermain secara “4-player co-op” dan “2-player couch co-op”.
Baca segala berita kami tentang Diablo IV termasuk review dan interview di SINI.
Diablo IV adalah ARPG dungeon crawler yang dikembangkan oleh Blizzard Entertainment, sebagai ansuran keempat dalam siri Diablo. Permainan ini diumumkan di BlizzCon 2019 pada 1 November 2019 untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One.
Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran.
Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana.
Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!
Discussion about this post