Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga paling Terlaris pada 2023 setakat ini – Blue Lock menjadi raja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Manga paling Terlaris pada 2023 setakat ini – Blue Lock menjadi raja!

Kredit: WSJ_manga

Share on FacebookShare on Twitter

Kami sudah memasuki pertengahan tahun 2023, jadi sempena itu, syarikat statistik dan maklumat Oricon telah berkongsi laporan baharu tentang “manga paling terlaris pada 2023 setakat ini,” yang nampaknya didahului oleh Blue Lock.

Oricon’s Half Year Comic Sales Ranking 2023 – Top 10 pic.twitter.com/iGu3kltG4G

— Shonen Jump News (@WSJ_manga) May 30, 2023

Data di bawah menunjukkan jualan manga Jepun secara keseluruhan (hanya jualan salinan fizikal) dari 21 November 2022 hingga 21 Mei 2023. Senarai manga terlaris pada pertengahan awal 2023 adalah seperti berikut:

  1. Blue Lock (8,046,032 salinan)
  2. Chainsaw Man (4,492,906 salinan)
  3. Slam Dunk (4,199,966 salinan)
  4. Jujutsu Kaisen (3,757,215 salinan)
  5. One Piece (3,550,097 salinan)
  6. Spy x Family (2,688,171 salinan)
  7. Tokyo Revengers (2,622,078 salinan)
  8. My Hero Academia (1,887,507 salinan)
  9. Oshi no Ko (1,690,722 salinan)
  10. Kingdom (1,569,434 salinan)

Seperti yang anda dapat melihat, Blue Lock berada di tempat pertama. Manga ini memiliki jumlah jualan tertinggi secara keseluruhan pada 2023 dengan nilai salinan lebih 8 juta. Jumlah itu hampir dua kali ganda lebih banyak daripada Chainsaw Man, yang berada di tempat kedua dengan 4.49 juta salinan.

Kredit: Eight Bit

Seterusnya, Slam Dunk berada di tempat ketiga di mana manga klasik itu terjual hampir 4.2 juta naskhah tahun ini manakala Jujutsu Kaisen berada di tempat keempat dengan jumlah sebanyak 3.75 juta salinan. One Piece jatuh di tempat kelima diikuti oleh Spy x Family, Tokyo Revengers, My Hero Academia, Oshi no Ko, dan Kingdom yang melengkapkan senarai “Top 10”.

Seperti biasa, genre shonen mendominasi jualan manga di Jepun sekali lagi. Shonen mempunyai antara demografi terbesar dalam pasaran, tetapi bukan “aksi lawan-lawan” yang jadi pilihan untuk 2023 kerana ternyata lebih ramai orang menggemarkan aksi sukan.

Kredit: Toei Animation

Selain jalan cerita dan gaya lukisan yang lawa, jualan Blue Lock semakin meningkat kerana Piala Dunia FIFA manakala Slam Dunk berjaya membuat “comeback” selepas tayangan filem animasi yang disambut positif oleh peminat. Jika anda belum membaca mana-mana manga dalam senarai ini lagi, saya mengesyorkan anda untuk baca sekarang!


Baca segala berita kami tentang manga di SINI.

Tags: 2023Blue Lockmanga
ShareTweetSend
Previous Post

Transformers: Rise of the Beasts Review — Idea Hebat Dengan Penyampaian yang Sedikit Mengecewakan

Next Post

Diablo IV pecahkan rekod Blizzard, kini menjadi game paling pantas terlaris untuk syarikat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Diablo IV pecahkan rekod Blizzard, kini menjadi game paling pantas terlaris untuk syarikat!

Diablo IV pecahkan rekod Blizzard, kini menjadi game paling pantas terlaris untuk syarikat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd