Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV kini siap, bakal diedarkan di seluruh dunia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 19, 2023
in ARPG, Artikel, Battle.net, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Diablo IV kini siap, bakal diedarkan di seluruh dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum pelancaran rasminya pada awal bulan Jun, Blizzard Entertainment telah mengumumkan bahawa Diablo IV kini dinilai sebagai ‘Gold‘ dan sudah siap untuk diedarkan.

Dikongsi melalui akaun Twitter rasmi Diablo, Blizzard mengesahkan bahawa pembangunan Diablo IV (buat masa sekarang) telah selesai. Bak kata orang putih, Diablo IV telah mencapai pensijilan “Gold” yang bermaksud ia kini siap sedia untuk memulakan proses pembuatan dan penghantaran secara besar-besaran.

#DiabloIV has Gone Gold. Can you feel her presence now?

See you in Sanctuary. 6.6.23 🔥 pic.twitter.com/OGX8oACUCr

— Diablo (@Diablo) April 17, 2023

Selepas pelancaran rasmi, Blizzard pasti akan terus sambung mengusahakan Diablo 4 bagi menambah update, DLC, expansion dan sebagainya pada masa akan datang. Sempena pencapaian ini, pengurus besar Diablo, Rod Fergusson berkata;

“Mendapat Gold merupakan peristiwa penting bagi pasukan Diablo IV yang hebat, yang semuanya telah bekerja keras untuk menghasilkan ansuran generasi seterusnya bagi francais ikonik ini.“

“Ini merupakan langkah konkrit dan bermakna ke arah pelancaran kami pada 6 Jun. Sama ada [anda] pemain veteran dalam francais atau mencuba buat kali pertama, kami tidak sabar untuk semua orang mengalami game penuh: mengambil bahagian dalam penceritaan yang luar biasa, bereksperimen dengan kelas dan build, dan meneroka apa yang boleh ditawarkan dalam endgame dan dunia gelap Sanctuary.”

Buat mereka yang tidak tahu, Diablo IV adalah ARPG di mana pemain boleh menyertai perjuangan untuk menyelamatkan dunia Sanctuary yang gelap dan gothic daripada Blessed Mother Lilith, sambil melawan gerombolan syaitan sepanjang jalan.

Ciri-ciri utama:

  • Main bagaimana anda suka – Pemain mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini untuk mencipta watak fantasi yang mereka inginkan. Pilih daripada lima kelas watak, pelbagai kosmetik dan macam-macam kemahiran serta tentukan laluan yang anda mahu untuk menerokai dunia.
  • Gameplay open-world – Lengkap dengan kempen cerita penuh, 120+ dungeon, berpuluh-puluh side quest, sejumlah world boss dan banyak lokasi untuk diterokai.
  • Sistem Endgame baharu – Pemain boleh terus berkembang dan menguji kemahiran mereka di endgame melalui Paragon Board yang besar, zon player vs player, Nightmare Dungeon, Helltide, dan Tree of Whispers.

Diablo IV bakal keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Battle.net pada 6 Jun. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Tags: DiabloDiablo IVgold
ShareTweetSend
Previous Post

Bermula 19 sehingga 26 April, Modern Warfare 2 akan diberikan akses percuma!

Next Post

Godzilla X Kong: The New Empire bakal ditayangkan pada 15 Mac 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Godzilla X Kong: The New Empire bakal ditayangkan pada 15 Mac 2024!

Godzilla X Kong: The New Empire bakal ditayangkan pada 15 Mac 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd