Baik, ini sesuatu yang sangat menarik bagi aku. Diablo III di Nintendo Switch. Satu info yang aku baru dapat. Banyak spekulasi yang aku dengar, tapi, jom follow entri aku kali ni.
Jadi, dari dulu lagi memang ada spekulasi yang Blizzard nak lancarkan Diablo III dekat konsol Nintendo Switch, tapi, mulanya macam tarik tali. Selepas Teaser dari Twitter Blizzard Entertaiment sendiri, nampak gaya macam diorang serious tentang Diablo 3 port kepada Nintendo Switch.
Eurogamer ada menyatakan yang ada sumber mereka mengatakan ya kepada port tersebut, tetapi makan masa yang lama. (Port merupakan satu terms kepada penukaran platform).
Aku sertakan sekali Tweet dari akaun Blizzard Entertainment Official.
Sweet dreams. pic.twitter.com/tZvCnjjzWb
— Blizzard Entertainment (@Blizzard_Ent) February 28, 2018
Haaa, nampak tak cara diorang tease tu? tetapi, lepas tu, ada pulak juru cakap dari Blizzard Entertainment sendiri, cuba menyangkal spekulasi yang dah berlaku. Apa cerita ni?
” Kami boleh memberi jaminan yang kami bukan orang yang bijak, Ianya bertujuan untuk berinteraksi secara berseronok dengan komuniti. Kami tiada apa-apa yang ingin diumumkan”
Fuhhh… hangat betul isu ni kan? tapi, kita hanya berharap kan yang baik-baik sahaja. Jika betul mereka ingin port Diablo III ke Nintendo Switch, teruskan, kerana fan base Diablo III sangat besar dan meluas. Jadi, apa korang rasa? Jadi ke tak?
Sedikit trailer untuk korang layan.
Sumber : IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post