Dante muda akan datang ke konsol Nintendo dalam beberapa bulan lagi, tetapi bukan kesemua remastered collection. Berita ini datang melalui akaun rasmi Twitter Devil May Cry 5, yang mengesahkan bahawa 2001 Devil May Cry akan tiba di Switch pada musim panas ini.
Relive the adventure that introduced the legendary Dante to the world with the original Devil May Cry, coming to #NintendoSwitch this Summer. pic.twitter.com/Hh8hFDnLQK
— Devil May Cry 5 (@DevilMayCry) May 6, 2019
Devil May Cry HD Collection telah keluar di PC, PS4, dan Xbox One pada Mac 2018, tetapi nampaknya hanya Devil May Cry pertama sahaja akan keluar dulu untuk konsol Nintendo dan tiada berita tambahan tentang port Switch ini selain daripada ia disahkan keluar untuk pelantar Nintendo ini.
Pada awal tahun ini, boss Devil May Cry Hidaki Itsuno membalas tentang khabar angin Dante menyertai roster Smash dengan memberitahu peminat untuk berkempen bagi Devil May Cry di Switch jika ingin melihat ia jadi realiti.
“Devil May Cry tidak pernah berada di pelantar Nintendo. Jadi perkara pertama untuk buat ialah mendapatakan Capcom untuk meletakkan Devil May Cry pada pelantar Nintendo tidak kisah apa cara, bentuk, atau rupa.”
Beliau kata.
Devil May Cry coming to Switch is another BIG moment of a series that has never been playable on a Nintendo console now here.
Blessed timeline
— Fadel – Master Of Hype (@MTLSaiyan) May 6, 2019
Adakah ini akan membuka kemungkinan untuk kami melihat Dante membuat debut di Smash tidak lama lagi?
Sumber – VG24/7
@gamersantaimy
Discussion about this post