Bukan hanya satu, tapi dua permainan video THQ Nordic yang telah dibocorkan maklumat bahawa akan hadir di Nintendo Switch! Kedua permainan video tersebut adalah Darksiders II: Deathinitive Edition dan Biomutant dipercayai akan hadir dalam tahun ini dan tahun hadapan.
Sumber kebocoran maklumat tersebut adalah dari EB Games Canada, menurut mereka salah satu permainan tersebut akan hadir di Switch pada 30 Ogos 2019 sementara satu lagi tiba pada 30 Mac 2020. Seperti sedia maklum, permainan action role-playing telah pun dijadualkan oleh Experiment 101 untuk dilepaskan pada musim panas ini di PlayStation 4, Xbox One dan PC.
Kepada yang tidak tahu, permainan video Darksiders II merupakan sebuah permainan aksi role-playing yang pertama kali berada dipasaran adalah pada tahun 2012 untuk PS3, Xbox One dan PC. Kemudian satu versi yang dipertingkatkan hadir untuk PS4, Xbox One dan PC pada tahun 2015.
Ciri-ciri utama
Apa yang bermula dengan Perang, berakhir dengan Kematian. Dikejutkan dengan Penghujung Hari, Kematian yang paling ditakuti oleh legendaris Four Horsemen, memulakan usaha untuk memulihkan umat manusia, dan menebus nama saudaranya. Di sepanjang jalan, Horseman mendapati bahawa terdapat perkara-perkara yang jauh lebih buruk daripada Apocalypse duniawi, dan dendam purba boleh mengancam semua Penciptaan.
Manakala bagi permainan Biomutant juga sebuah permainan RPG Kung-fu yang terbuka dengan dunia. Mempunyai gaya memerangi seni mempertahankan diri yang unik dan membolehkan anda mengunna pelbagai senjata melee , menembak serta tindakan yang didorong keupayaan mutan.
Ciri-ciri utama
Biomutri mempunyai garis cerita yang bercabang di mana keputusan yang dibuat oleh pemain untuk menentukan bagaimana kisah itu diteruskan. Dunia Biomutri diserang oleh bencana alam sebagai minyak beracun yang datang dari bawah permukaan dan mencemari Pokok Kehidupan.
Jom saksikan trailer Biomutant ini;
Memang tak sabarnya rasa nak main balik kedua permainan ini, apapun kita tungu pengumuman kehadirannya yang rasmi oleh pihak permainan tersebut dan Nintendo.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post