Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!

Nyny.A by Nyny.A
October 13, 2021
in Artikel, Berita, Laptop, Pendapat, Senarai, Teknologi
0 0
0
Dengan kuasa yang padu, ini Lima sebab untuk anda menggunakan Razer Blade 14!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang ni, musim semua kerja perlu menggunakan laptop. Dari seorang pekerja sehinggalah pelajar, sebuah laptop diperlukan betul tidak? Jadi apa kata kali ini anda berikan perhatian pada sebuah laptop kecil tetapi cukup padu dalam keseluruhannya? Inilah dia Razer Blade 14! Biarpun kecil, Razer Blade 14 ini dikuasakan dengan perincian yang sangat kuat dan hebat. Sebelum ini kami pernah mengongsikan review untuk laptop ini. Kali ini, kami ingin nyatakan Lima Sebab kenapa anda harus menggunakan Razer Blade 14 dan jadikannya sebagai teman seharian anda! Tanpa lengahkan masa jom kita mulakan.

Paparan yang cantik dan jelas!

Sesuatu yang penting untuk mendapatkan penjelasan dalam paparan dari Laptop gaming 14″ terpantas ini pada tontonan anda. Lagi-lagi ketika kita bermain game, menonton filem, mata kita memerlukan kecerahan yang baik dan keselesaan tanpa meletihkan mata. Dengan bezel nipis dan ruang warna yang luas iaitu 100% DCI-P3 pada QHD dan 100% sRGB pada model FHD. Setiap paparan dikalibrasi secara individu untuk kualiti dan ketepatan warna sebenar.

QHD 165HZ Gunakan kombinasi resolusi dan kadar penyegaran terbaik. Dapatkan yang terbaik dari kedua-dua dunia semasa anda menikmati visual halus butir pada tahap perincian yang lebih besar. Jika fokus anda hanya pada kelajuan, manakala FHD 144HZ selamatkan kelebihan pecahan detik dengan kadar penyegaran yang sangat tinggi untuk permainan yang sangat lancar.

Jadi sakit mata pun kurang, game yang anda main dapat mencecah kadar penyegaran yang tinggi, apa lagi yang anda mahukan? Paparanya dah habis tip top!

Kuasa yang hebat walaupun laptop yang kecil!

Jangan sangka hanya 14′ tapi tidak memberikan kuasa terbaik tau! Razer Blade 14 sememangnya padu dari segi kuasa dalamannya lagi-lagi disebalik kenipisan bezel, terdapat AMD Ryzen 9 GeForce 3080 yang menjadikannya lebih lancar dalam menggunakannya dan menarik orang untuk bermain game!

Pemproses AM-Ryzen 9 5900HX 8-core, 16-thread mempunyai clocking rangsangan maksimum hingga 4.6GHz, yang membolehkannya memuatkan beban kerja yang padat, mengurangkan latensi ketika bermain, dan mengurangkan stress anda dalam beban kerja yang deman dengan kecepatan yang sangat tinggi. Blade 14 baru dengan AMD Ryzen tidak hanya menawarkan kuasa pengkomputeran mentah tertinggi di kelasnya, hingga boleh bertahan lama dalam pekerjaan seharian kita!

Bukan hanya itu, laptop gaming ini dibina berdasarkan Ampere pemenang anugerah – seni bina RTX generasi ke-2 NVIDIA – dengan RT Cores, Tensor Cores, dan multiprosesor streaming yang baru untuk memberi anda grafik yang paling realistik dan ciri AI canggih. Digabungkan dengan teknologi Max-Q generasi ke-3, komputer riba ini menggunakan AI dan pengoptimuman sistem baru untuk mencapai tahap prestasi dan kelajuan yang lebih tinggi.

Lakukan kerja seharian berjam-jam lamanya dan cas dengan mudah!

Sebagai seorang pekerja yang kerap menggunakan laptop seperti kita sendiri, dengan bahagian menaipnya, dengan designernya atau akaun dan pelbagai lagi, sudah tentu kita memerlukan ketahanan kuasa bateri yang lama selama waktu bekerja anda tu kan? Jangan risau,  kerana ianya boleh bertahan sehingga 12 jam bergantung dengan kerja yang dilakukan dengan kuasa bateri polimer lithium-ion 61.6WHr ada di dalam yang boleh dicas semula.

Dah penat lakukan kerja harian anda? Nak luangkan sedikit masa dalam bermain game? Tetapi bateri macam tidak tahan lama? Jangan risau, Laptop gaming ini menggunakan pengecas 230W dah ianya Type-C! Memang mudah kan? Cucuk je dimana sahaja, caj memang cukup pantas dan main game lepaskan geram kepenatan kerja anda tu!

Rupa yang minimalis menyempurnakannya!

Sekarang ini musim minimalis, tidak semua orang suka rekaan yang nampak terlalu robotik atau berlekuk-lekuk. Jadi Razer Blade 14 memang jawapanya! Dengan warna hitam matte yang pekat likat dan hanya logo Razer di atas lid, dengan bentuk biasanya yang ringan hanya sekitar 1.78 kg mudah dibawa kemana sahaja, memang anda akan jatuh cinta dengannya!

Bukan sahaja rupa asasnya dengan bahagian skrin bersama bezel nipis menarik perhatian kita, pada anda yang memerlukan port USB dan seangkatanya untuk kegunaan, tidak perlu risau! Kerana Razer Blade 14 mempunyai dua port USB 3.2 Gen2 Type-C, tetapi tidak ada Thunderbolt kerana AMD. Kemudian, dua port USB 3.2 Gen 2 Jenis-A, 1 HDMI 2.1 Port dan 1 bicu fon kepala 3.5mm!

Kekalkan jiwa Gamers anda dengan Razer Chroma RGB 

Jika anda seorang gamers, sudah semestinya anda penggemar warna yang lip lap pada laptop gaming anda kan? Biarpun nampak minimal dari segi luaran, lampu RGB pada logo dan setiap kekunci pasti menjadi kebangaan seorang gamers. Jadi, peribadikan pencahayaan per kunci dengan lebih dari 16.8 juta warna dan pelbagai kesan untuk anda pilih. Alami perendaman yang lebih besar kerana papan kekunci bertindak balas secara dinamik semasa bermain permainan bersepadu dengan Chroma kegemaran anda.

Mencukupi tidak dengan lima sebab kenapa anda harus menggunakan Razer Blade 14? Jadi pada anda yang berminat, apa kata anda singgah lihat review penuh kami dahulu di sini. Untuk sebarang pembelian, atau jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai laptop gaming ini, jangan lupa untuk terus ke laman web Razer sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Sejarah ringkas tentang harta karun misteri One Piece!

Next Post

Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!

Ingin bermain Squid Game? Jom ke Sunway Pyramid untuk acara ekslusif Squid Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd