Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Round 1… Fight! Filem Live Action Street Fighter Akan Datang Oktober 2026 Di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Round 1… Fight! Filem Live Action Street Fighter Akan Datang Oktober 2026 Di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Paramount Pictures dan Legendary Entertainment telah melancarkan trailer acah pertama untuk filem adaptasi live action Street Fighter. Trailer ini menawarkan pandangan pertama kepada barisan watak dalam filem tersebut dan menurut GSC, ia akan ditayangkan di Malaysia pada 16 Oktober 2026.

Plot filem mengikuti ahli seni bela diri yang terasing, Ryu, yang dilakonkan oleh Andrew Koji, dan Ken Masters, yang bawa oleh Noah Centineo, yang diseru semula ke dalam dunia pertarungan. Mereka direkrut oleh Chun-Li untuk bersaing dalam World Warrior Tournament yang seterusnya, yang digambarkan sebagai pertembungan antara penumbuk, takdir dan kemarahan kejam. Walau bagaimanapun, satu konspirasi maut bersembunyi di sebalik kejohanan itu, memaksa para wira untuk berhadapan antara satu sama lain dan masa lalu mereka.

Senarai pelakon termasuk:

  • Andrew Koji sebagai Ryu
  • Noah Centineo sebagai Ken
  • Callina Liang sebagai Chun-Li
  • Jason Momoa sebagai Blanka
  • David Dastmalchian sebagai M. Bison
  • Bintang WWE Cody Rhodes sebagai Guile
  • Mel Jarnson sebagai Cammy
  • Bintang WWE Roman Reigns sebagai Akuma
  • Curtis “50 Cent” Jackson sebagai Balrog
  • Olivier Richters sebagai Zangief
  • Bintang muzik country Orville Peck sebagai Vega
  • Pelawak Andrew Schulz sebagai Dan Hibiki
  • Bintang aksi India Vidyut Jammwal sebagai Dhalsim
  • Penggusti pro Jepun Hirooki Gotō sebagai E. Honda
  • Rayna Vallandingham sebagai Juli
  • Juara UFC Alexander Volkanovski sebagai Joe
  • Pelawak Eric André sebagai Don Sauvage, watak baharu yang dicipta
Tags: Street Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

Hogwarts Legacy Percuma Di Epic Games Store, Jangan Lupa Tebus!

Next Post

Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026

Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd