Death Stranding Director’s Cut telah pun dilancarkan hari ini di iPhone 15 Pro yang dikuasakan oleh cip A17 Pro dan setiap iPad dan Mac dengan cip M1 atau lebih baharu, tersedia sebagai Universal Purchase di App Store dengan diskaun sehingga 20 Februari 2024. Game epik ini boleh dimainkan dengan baik pada silikon Apple, mengambil kesempatan pada ciri MetalFX Upscaling untuk visual fidelity yang dioptimumkan.
Ikuti kisah Sam “Porter” Bridges yang digambarkan oleh Norman Reedus, sambil dia melakukan perjalanan berbahaya merentasi Amerika yang sudah musnah dan sepi. Bimbing Sam semasa dia merentas negeri sambil dia bergelut dengan keadaan semasa manusia dan mendedahkan misteri Death Stranding – fenomena yang tidak dapat dijelaskan yang telah melanda dunia.
Dalam Death Stranding Director’s Cut, terdapat beberapa ciri dan kandungan baharu yang tiada dalam game asal seperti bantuan penghantaran baharu, misi stealth tambahan, penceritaan yang dikembangkan dan banyak lagi. Sesuaikan gear Sam dengan item kosmetik baharu serta kebolehan combat yang lebih baik. Selami naratif yang mengasyikkan yang diketuai oleh pelakon terkenal seperti Norman Reedus, Mads Mikkelsen dan Léa Seydoux.
Buat anda yang ingin mendapatkan game ini, ia tersedia di App Store dengan harga RM 149.90 dengan diskaun 50% sehingga 20 Februari 2024.
Sempena pelepasan game Dalam Death Stranding Director’s Cut di iOS, Kojima Productions telah bekerjasama dengan syarikat teknologi, Backbone Labs untuk melepaskan controller gaming mobile khas “Backbone One – DEATH STRANDING Limited Edition”. Alami edisi definitif pengembaraan legenda ini melalui paparan Super Retina XDR pada iPhone 15 Pro.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post