Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DARQ: Complete Edition permainan percuma Epic Games minggu ini!

Maira by Maira
October 29, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, Genre, PC, Seram
0 0
0
DARQ: Complete Edition permainan percuma Epic Games minggu ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai hari ini, pengguna Epic Games boleh menuntut DARQ: Complete Edition secara percuma sehingga 4 November pada jam 11pm. Permainan itu biasanya dijual dengan harga RM 34.49 dan ianya sangat berbaloi jika anda peminat permainan seram. Anda boleh menyimpan salinan percuma itu selama-lamanya setelah dituntut. Jadi bila anda mempunyai masa lapang, anda boleh bermain permainan ini. Pengumuman permainan percuma ini telah dibuat melalui akaun Twitter rasmi Epic Games Store.

Psychological horror set in a lucid dream. Just in time for Halloween! 💤😈

Grab DARQ: Complete Edition while you can… it's FREE! https://t.co/mqSSRohqHL pic.twitter.com/uheMEaitIK

— Epic Games Store (@EpicGames) October 28, 2021

Kepada yang tidak tahu apa itu permainan DARQ, ia merupakan permainan seram survival yang ditetapkan dalam mimpi ngeri yang jelas. Protagonis, Lloyd tidak dapat menghalau makhluk-makhluk ngeri yang menghantui mimpinya, jadi pemain mesti bertahan dengan menggunakan elemen stealth dan memanipulasi dunia mimpinya. Anda boleh memutarkan bilik, berjalan di atas siling dan banyak lagi perkara lain. Untuk pemain yang sukakan permainan seram tetapi tidak gemar dengan elemen gore, halaman DARQ di Epic Games Store menekankan bahawa ia bergantung “pada binaan suasana yang perlahan dan menyeramkan daripada keganasan dan gore.” Permainan ini juga mempunyai grafik yang unik dan kelihatan hampir serupa dengan filem Tim Burton seperti The Corpse Bride dan The Nightmare Before Christmas.

Memandangkan Halloween akan berakhir apabila DARQ: Complete Edition bukan lagi permainan percuma Epic Games Store, Aven Colony pula akan diberikan secara percuma kepada pengguna. Permainan ini merupakan permainan pengurusan di sebuah bandar sci-fi, di mana pemain perlu membimbing manusia semasa mereka cuba menetap di planet asing, Aven Prime. Seperti permainan pengurusan yang lain, Ave Colony mementingkan pembinaan struktur baru, menguruskan sumber dan memenuhi keperluan rakyat. Permainan ini telah digambarkan sebagai Sim City tetapi di angkasa, jadi kepada peminat permainan tersebut, anda boleh mencuba permainan ini.

RelatedPosts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

Jadi jangan lupa untuk tuntut permainan percuma di Epic Games! Kalau anda nak liputan lain untuk permainan percuma yang lain, boleh klik pada pautan ini.

Tags: DARQ: Complete Editionepic games storeGame Percuma Epic
Previous Post

Identity V x Detective Conan melancarkan acara crossover pertama!

Next Post

Saiz fail Diablo Immortal di pelantar Android lebih dari 6GB!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Saiz fail Diablo Immortal di pelantar Android lebih dari 6GB!

Saiz fail Diablo Immortal di pelantar Android lebih dari 6GB!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd