Siapa suka mainkan NERF gun? Dengan peluru gabus yang menyaklitkan jiwa kalau terkena, pergi Toys“R”Us Malaysia hanya untuk ajet-ajet hebat pegang senjata-senjata NERF, bergaya di TikTok sambil menampilkan senjata NERF siapa paling gempak~ Ok-ok, mesti yang ramai tahu senjata NERF kan? Nampaknya dari senjata berpeluru “dart” gabus tu kini ianya akan dibawa ke PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch dan PC atas game FPS baru yang bernama NERF: Legends!
Sebuah video pengumuman permainan NERF: Legends ini telah didedahkan oleh IGN dimana ia dihasilkan oleh pemaju permainan GameMill Entertainment yang juga pemaju sama untuk permainan G.I. Joe: Operation Blackout. Permainan ini akan menampilkan 19 tahap bertema sci-fi yang berbeza, tetapi kami tidak pasti berapa banyak penerokaan yang sebenarnya terlibat dalam kempen tetap permainan ini. Kempen pemain solo nampaknya terdiri dari “pelbagai pertempuran dan cabaran bos” menurut IGN, dan walaupun senjata NERF biasanya tidak akan menembakkan peluru yang biasa, ada peningkatan yang akan membolehkan anda menembak “dart” dengan kemampuan khas tertentu . Empat power–ups yang diperkenalkan termasuk pull darts, push darts, seeker darts, dan slow darts.
Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui GameMill Entertainment:
NERF Legends mendorong anda ke dunia sci-fi yang futuristik di mana anda akan berhadapan dengan pasukan musuh robot dan ultimate boss masters. Bersenjata dengan pelbagai jenis peluru NERF berdasarkan senjata mereka yang ikonik dan nyata, anda akan menggagalkan musuh yang hebat sambil dicabar untuk melakukan tembakan trik terbang yang paling mengagumkan di serangkaian persekitaran yang unik dan mendalam. Adakah kemahiran NERF anda mampu menghadapi cabaran untuk menjadi Legenda NERF terunggul?
Ciri-ciri permainan:
- Game Ekstrim membawa NERF yang berada di lokasi dunia luar biasa seperti Fortress Siege, Jungle Trouble, Ragnarok, dan Spaceport Blastoff.
- 15 Blaster NERF autentik melintasi barisan Mega, Ultra dan Elite. Tambahan perks dan skin yang boleh ditingkatkan untuk menyesuaikan blaster anda.
- 19 Level pemain solo dengan kursus kejohanan.
- Empat lawan empat, lapan pemain free-for-all dengan mod multiplayer dalam talian.
- Kumpulkan power ups dart seperti magnetic push and pull, seeker darts dan freeze untuk mengubah arus pertempuran.
NERF: Legends akan dilancarkan pada bulan Oktober untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Nintendo Switch, Xbox One, dan Xbox Series X | S.
Sumber: IGN
@gamersantaimy
Discussion about this post