Kamera penta Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro akhirnya tiba secara rasmi di Malaysia dan merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai kamera utama 108MP. Selepas diluluskan oleh SIRIM, Xiaomi Malaysia telah secara rasminya mengumumkan kedua-dua peranti ini di acara pelancarannya yang berlangsung pada 3 Disember 2019. Xiaomi Mi Note 10 (6GB+128GB) diumumkan pada nilai harga RM2,099 manakala Xiaomi Mi Note 10 Pro (8GB+256GB) pula mempunyai nilai harga RM2,499.
This is how we define EPIC. #DareToDiscover with #MiNote10 and #MiNote10Pro.#XiaomiMY pic.twitter.com/CmQjF3Eb16
— Xiaomi Malaysia #WorldFirst108MPPentaCamera (@XiaomiMalaysia) December 3, 2019
Xiaomi Mi Note 10 dan Mi Note 10 Pro dikuasakan oleh Qualcomm SDM730 Snapdragon 730G (8 nm) dan menggunakan MIUI 11 tetapi Mi Note 10 Pro mempunyai RAM dan ruang storage yang lebih tinggi. Kedua-dua peranti ini mempunyai bateri 5,260mAh besar yang bersambung melalui USB-C. Termasuk sekali adalah fast charger 30W dan ia juga dilengkapi dengan sokongan NFC dan IR Blaster.
Tiba masanya untuk saya menceritakan highlight utama siri Mi Note 10! Peranti ini mempunyai 6.47″ dual-curved Full HD+ OLED display dan kamera selfie 32MP di bahagian depan dalam satu notch kecil. Di belakang, ia mempunyai kamera utama 108MP f/1.69, lens telephoto 5MP dengan 5X optical zoom, lens telephoto 12MP dengan 2x optical zoom, ultra-wide-angle shooter 20MP dan macro lens 2MP.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti:
Paparan | |
---|---|
Jenis | Super AMOLED Display, 16M colors |
Resolusi | 1080 x 2340 pixels (FHD+), 19.5:9 Ratio, 398 PPI Pixel Density |
Saiz | 6.47 inches |
Touchscreen | Capacitive Touchscreen, Multitouch |
Protection | Corning Gorilla Glass 5 |
Lain-laim |
|
Multimedia | |
Audio Jack | Yes |
Radio | Yes |
Music Player | Yes |
Others | – |
Memory | |
Memory Variants |
|
Expansion Slot | No |
Connectivity | |
Data Speed |
|
WIFI | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, Dual-Band, Wi-Fi Direct, Hotspot |
NFC | Yes |
USB | Type-C 1.0 |
Bluetooth | Bluetooth 5.0, A2DP, LE, aptX HD |
Infrared | Yes |
Camera | |
Main Camera |
|
Flash | Quad-LED Flash |
Focus | PDAF, Laser AF |
Features |
|
Video | 2160p@30fps, 1080p@30/60/120/240fps, 720p@960fps |
Selfie Camera |
|
Features | |
Battery |
|
Diingatkan sekali lagi bahawa nilai harga Xiaomi Mi Note 10 (6GB+128GB) ialah RM2,099 manakala Xiaomi Mi Note 10 Pro (8GB+256GB) ialah RM2,499. Peminat yang membeli Xiaomi Mi Note 10 atau Mi Note 10 Pro di Mi Store dari 7 hingga 15 Disember boleh mendapat diskaun sehingga RM100, dan bonus 12-month screen replacement diberi kepada mereka yang membeli Mi Note 10 Pro. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, anda boleh melawati laman web rasmi Xiaomi.
@gamersantaimy
Discussion about this post