Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dapatkan Demon Slayer UT sekarang di Uniqlo berdekatan anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2020
in Anime, Fesyen, Manga
0 0
0
Dapatkan Demon Slayer UT sekarang di Uniqlo berdekatan anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat fesyen Jepun terkenal, UNIQLO telah bekerjasama dengan pelbagai artis, jenama dan pencipta untuk koleksi UT (kemeja-T UNIQLO) mereka. Koleksi UT menawarkan kemeja-T grafik bercetak untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dengan reka bentuk eksklusif hasil kerjasama antara UNIQLO dan rakan kongsi. Sempena pelancaran kemeja-T musim panas 2020, francais terbaru untuk menyertai UNIQLO ialah siri manga/anime Jepun yang sangat popular, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba.

https://www.facebook.com/uniqlo.my/posts/4599501306756936

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba adalah siri anime/manga Jepun terkenal yang menjual 80 juta manga (statistik pada Julai 2020) di seluruh dunia. Ia telah dianggap sebagai salah satu anime terbaik pada dekad ini, dan telah menerima banyak anugerah. Menurut Facebook Uniqlo Malaysia, edisi pertama UNIQLO UT Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Collection telah mula dijual bermula 24 Ogos 2020 dan akan tersedia di kedai UNIQLO Malaysia dan juga kedai dalam talian rasmi. Koleksi ini merangkumi 8 jenis kemeja-T unisex bernilai RM39.90 dengan reka bentuk eksklusif ilustrasi terpilih daripada siri manga.

Lebih banyak barangan akan ditambahkan ke edisi kedua termasuk kemeja-T bersaiz kanak-kanak. Edisi kedua akan menampilkan ilustrasi daripada siri anime dan akan mula dijual pada hujung tahun 2020 (lebih banyak butiran akan diumumkan dalam masa terdekat).

Oleh itu, mari kita lihat koleksi UNIQLO x Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba!

Apa pendapat anda tentang koleksi tersebut ?? Sekiranya anda peminat Kimetsu no Yaiba, jangan terlepas koleksi eksklusif ini sementara stok masih ada!

Tags: animeDemon SlayerKimetsu No YaibaMalaysiamangauniqlo
Previous Post

Alang-alang gaduh dengan Apple, Epic Games nampaknya promot PUBG Mobile sekali!

Next Post

Peta baru ERANGEL dah sedia untuk Chicken Dinner di PUBG Mobile versi 1.0!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!
Konsert

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

June 3, 2026
TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Next Post
Peta baru ERANGEL dah sedia untuk Chicken Dinner di PUBG Mobile versi 1.0!

Peta baru ERANGEL dah sedia untuk Chicken Dinner di PUBG Mobile versi 1.0!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd