Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2026
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami laporkan tahun lepas, SEGA telah memilih Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi untuk acara komuniti rasmi mereka bersempena pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties. Acara istimewa ini akan diadakan pada petang 12 Februari 2026, tarikh yang sama game tersebut dilancarkan di seluruh dunia.

Acara ini bakal diserikan lagi dengan kehadiran tokoh penting dari RGG Studio, iaitu Penerbit dan Pengarah permainan, Ryosuke Horii.

Kehadiran beliau pasti menjadi tumpuan utama, di mana para peminat berpeluang untuk mendengar sendiri perkongsian eksklusif mengenai proses pembangunan dan cerita di sebalik tabir pembikinan game ini.

Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan khas untuk menghiburkan para hadirin. Antaranya termasuklah demonstrasi gameplay secara langsung di atas pentas untuk menyaksikan sendiri ciri-ciri terbaru permainan.

Selain itu, para peminat boleh menguji sejauh mana pengetahuan mereka tentang siri Like a Dragon dalam sesi kuiz trivia, menyumbangkan suara dalam minigame karaoke yang diilhamkan daripada siri popular itu, serta berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah hebat melalui sesi cabutan bertuah.

Sebagai kemuncak acara, sesi autograf istimewa bersama Ryosuke Horii akan diadakan bermula jam 8:00 malam. Ini memberi peluang kepada peminat untuk mendapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan toktoh itu.

Bukan itu sahaja, setiap hadirin juga akan menerima cenderahati eksklusif yang hanya boleh didapati di acara ini, seperti kemeja-T, rantai kunci berlogo, dan satu set pelekat.

Bagi yang kurang tahu, Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties merupakan gabungan dua game dalam satu pakej. Ia mengandungi remake penuh Yakuza 3 serta sebuah cerita standalone berjudul Dark Ties.

Remake Yakuza 3 akan meneruskan pengembaraan Kazuma Kiryu yang cuba meninggalkan dunia jenayah untuk membina kehidupan baru dengan menguruskan sebuah rumah anak yatim di Okinawa, kini dengan kualiti visual dan sistem combat yang ditambah baik.

Manakala, Dark Ties akan membawa pemain menyelami kisah latar belakang salah seorang watak antagonis yang paling diminati dalam Yakuza 3, iaitu Yoshitaka Mine. Game ini akan dilancarkan serentak untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X/S, Steam, dan juga Nintendo Switch 2.

Acara ini adalah acara tertutup dan butiran mengenai lokasi penganjurannya hanya akan dimaklumkan kepada mereka yang berjaya terpilih. Kepada peminat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian, anda dijemput untuk menghantar permohonan melalui borang rasmi yang disediakan.

Permohonan akan ditutup pada 16 Januari 2026. Disebabkan tempat adalah terhad, penyertaan tidak dijamin hanya dengan menghantar permohonan.

Butiran Acara:

  • Tarikh: 12 Februari 2026
  • Masa: 6:00 Petang – 8:00 Malam (Waktu Tempatan)
  • Lokasi: Akan Diberitahu kepada Peserta Terpilih
  • Tarikh Akhir Permohonan: 16 Januari 2026
  • Cara Memohon: https://forms.gle/VrV2BE1fgTF6HBQB6
Tags: MalaysiaYakuza Kiwami 3 & Dark Ties
ShareTweetSend
Previous Post

Dalam 27 Hari, Papa Zola The Movie Berjaya Raih RM55.5 Juta!

Next Post

Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!

Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd