Standby PC korang sebab Steam dah pun keluarkan spesifikasi PC untuk main Resident Evil Village! Maklumat ini disediakan pada hari ulang tahun ke-25 Resident Evil yang sedang trending di Twitter. Peminat Resident Evil semestinya teruja untuk bermain game ini. Village pastinya nampak menarik dan tampil lebih baik dari Resident Evil 7 kerana permainan ini telah ditunggu-tunggu untuk konsol gen-baru dan semestinya ramai ingin mengetahui bagaimana untuk merasai pengalaman optimum bermain di PC.
Sejarah siri Resident Evil sendiri menunjukkan mereka memberi spesifikasi teknikal yang sesuai untuk para pemainnya. Contoh boleh dilihat seperti Resident Evil 7 hanya memerlukan minimum prosesor i5-4660 dan GeForce GTX760 dengan 2GB VRAM. bagi mencapai 60FPS pada 1080p, pemain disarankan untuk memiliki i7-3770 dan GeForce GTX 1060 dengan 3GB Vram. Pasukan Resident Evil Capcom sudah membuktikan yang mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengoptimumkan pengalaman PC anda sebaik mungkin.
Anda boleh rujuk spesifikasi PC Resident Evil Village perlukan untuk bermain:
KEPERLUAN MINIMUM SPESIFIKASI | KEPERLUAN SPESIFIKASI DICADANGKAN | |
Keperluan | 64-bit prosesor dan sistem operasi | |
OS | Windows 10 (64bit) | |
Prosesor | Intel Core i5-7500 / AMD Ryzen 3 1200 | Intel Core i7 8700 / AMD Ryzen 5 3600 |
Memori | 8 GB RAM | 16 GB RAM |
Grafik | NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti bersama 4GB VRAM | NVIDIA GeForce GTX 1070 |
AMD Radeon RX 560 bersama 4GB VRAM | AMD Radeon RX 5700 | |
DirectX | Version 12 | |
Nota Tambahan | Anggaran prestasi (bila ditetapkan untuk Prestasi Utama): 1080/60FPS. Framerate mungkin turun di pemandangan graphics-intensive. NVIDIA GeForce RTX 2060 atau AMD Radeon RX6700 XT memerlukan sokongan tapisan ray. Sistem keperluan subjek berubah mengikut pembangunan permainan |
Anggaran prestasi: 1080p/60fps. Framerate mungkin turun di pemandangan graphics-intensive. NVIDIA GeForce RTX 2070 atau AMD Radeon RX6700 XT memerlukan sokongan tapisan ray. Sistem keperluan subjek berubah mengikut pembangunan permainan
|
Terdapat banyak lagi kandungan Resident Evil yang akan tiba. Capcom akan mengeluarkan showcase lain untuk Village pada bulan April ini, dan Residen Evil RE: Verse juga akan menerima beta terbuka. Edisi Gold dari Resident Evil 7 dan Village juga telah disahkan akan tiba ke Stadia, dan demo baru Village menampilkan ciri pertempuran yang akan keluar untuk semua platform pada musim bunga ini.
Sementara korang setup PC sepadu mungkin, jangan lupa untuk membuat pra-pembelian Resident Evil Village di Steam dengan menekan pautan ini sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post