Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cyberpunk 2077 “Night City Wire” DITUNDAKAN serta tarikh baru didedahkan!

CD Projekt Red dah sahkan tunda acara ini untuk menyokong Black Lives Matter

Nyny.A by Nyny.A
June 3, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Cyberpunk 2077 “Night City Wire” DITUNDAKAN serta tarikh baru didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Mei lalu kami ada mengongsikan yang sepatutnya CD Projekt Red akan mengadakan sebuah acara live stream “Night City Wire” bagi permainan terbaru mereka Cyberpunk 2077 yang sepatutnya pada 11 Jun 2020 ini yang kemungkinan besar akan mengongsikan lagi antara gameplay terbaru Cyberpunk 2077. Nampaknya acara bagi permainan Cyberpunk 2077 yang akan rilis 17 September 2020 ini akan ditundakan untuk menyokong penggerakan “Black Live Matter” yang melanda di Amerika Syarikat sekarang.

CD Projekt RED mengumumkan acara Night City Wire akan beralih pada tarikh baru iaitu 25 Jun 2020. Pihak pemaju berkata dalam Tweet yang dikongsikan bahawa mereka berharap dapat “berkongsi maklumat baru” mengenai permainan, ia juga terasa bahawa “perbincangan yang lebih penting sedang berlaku sekarang dan kami mahu ianya didengari.” CD Projekt RED mengakhiri tweetnya dengan mengatakan bahawa “sepenuh hati” menentang “perkauman, intoleransi dan keganasan. Black Lives Matter.”

We decided to move Night City Wire to Jun 25th. We still look forward to sharing new information about CP’77, but more important discussions are happening right now and we want them to be heard. We wholeheartedly stand against racism, intolerance and violence. Black Lives Matter.

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) June 2, 2020

CD Projekt RED adalah salah satu daripada beberapa syarikat permainan yang telah mengubah rancangannya dalam menunjukkan sokongan terhadap gerakan Black Lives Matter dan tunjuk perasaan terhadap ketidakadilan kaum dan kekejaman polis. Awal minggu ini, Sony juga mengesahkan bahawa ia akan menunda acara pendedahan PS5 dalam usaha untuk “membiarkan suara yang lebih penting didengar” tetapi ia tidak mengumumkan tarikh baru untuk itu. Juga Call of Duty yang turut menundakan musim terbaru bagi permainan COD Modern Warfare dan Mobile nya akibat pekara yang sama.

Peminat juga kecewa kerana sudah lama tidak melihat pekara terbaru dari permainan. Walaupun CD Projekt RED telah mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai kumpulan dan syarikat Cyberpunk 2077, ia belum menunjukkan kepada mereka bagaimana organisasi ini bergerak dalam permainan. Night City Wire mungkin telah menawarkan kepada peminatnya tetapi sekarang mereka harus menunggu lebih lama.

Tetapi apa yang dilakukan oleh CD Projekt Red adalah untuk sesuatu yang baik. Dalam satu kenyataan menyatakan Mike Pondsmith yang juga game designer di CD Projekt Red menyatakan kerana dia adalah Afrika-Amerika, mungkin Cyberpunk 2077 akan menjadi permainan politik. Lebih mengejutkan sekiranya CD Projekt RED tidak menyuarakan sokongannya terhadap salah satu masalah sosial terbesar dalam satu generasi, walaupun ramai yang tidak gembira kerana acara Cyberpunk 2077 telah ditangguhkan.

Jangan lupa nantikan Cyberpunk 2077 yang dijadualkan rilis 17 September 2020 ini di platform PC, PS4, Stadia, dan Xbox One, serta untuk Nex-gen konsol PS5 dan Xbox Series X.

Sumber: Twitter Cyberpunk 2077

Tags: Black Live MatterCD Projekt RedCyberpunk 2077Night City Wire
Previous Post

Secara rasmi DLC Pokémon Sword & Shield “THE ISLE OF ARMOR” boleh didapati 17 Jun 2020 ini!

Next Post

Call of Duty: WWII & STAR WARS Battlefront II ialah game percuma PS Plus bulan Jun!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Call of Duty: WWII & STAR WARS Battlefront II ialah game percuma PS Plus bulan Jun!

Call of Duty: WWII & STAR WARS Battlefront II ialah game percuma PS Plus bulan Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd