Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cuba demo alpha ‘Asym Altered Axis’ sekarang di Steam – strategi vs stealth!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2023
in Artikel, Asymmetrical, Berita, Demo, Multiplayer, PC, Steam
0 0
0
Cuba demo alpha ‘Asym Altered Axis’ sekarang di Steam – strategi vs stealth!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Steam Base Builder Fest, MIXI mengumumkan bahawa semua pemain boleh mengakses demo alpha “Asym Altered Axis” di Steam bermula 24 Januari hingga 31 Januari. Ini merupakan game pertama MIXI di platform PC gaming dan merupakan game unik “cross-genre asymmetric heist”.

Berikut adalah trailer rasmi:

https://www.youtube.com/watch?v=SdGhypenVZ0&ab_channel=AsymAlteredAxis

The game is set in a present day and the players are immigrants to “Asym”, another digital world that exists in parallel with the reality where players are fighting over digital resources called Cell. A strategy player sets their own stage with traps and protects a valuable Nexus from a team of action players who try to steal them and escape.

Game ini ditetapkan pada masa moden dan pemain merupakan pendatang baharu kepada “Asym”, satu dunia digital yang wujud selari dengan realiti di mana pemain berebut sumber digital yang dipanggil Cell. Di sini, seorang pemain strategi harus menyusun level mereka sendiri dengan perangkap dan melindungi Nexus daripada pasukan lawan yang cuba mencuri mereka dan melarikan diri.

Khususnya, gameplay dibahagikan kepada dua pihak. Sebagai Infiltrator, anda dan skuad hingga 5 pemain akan bermain secara perspektif third-person dan harus menyusup serta bergantung pada kerja berpasukan untuk mencuri Nexus milik si Protector.

Si Protector pula mempunyai pemandangan yang lebih luas di medan permainan dan dapat mengarahkan pelbagai perangkap, pengawal dan abiliti unik untuk menangkap Infiltrator.

Itulah ringkasan gameplay secara kasar.

Main sebagai Protector

Pertama sekali, bina dunia permainan mengikut imej di dalam minda. Letakkan perangkap di sekeliling struktur untuk memaksimumkan sekuriti. Tangkap Infiltrator sebelum mereka mencuri Nexus anda!

Main sebagai Infiltrator

Gunakan stealth untuk menyelinap melepasi pengawal di dunia Protector. Pecahkan pertahanan mereka dengan senjata, alatan dan abiliti haiwan anda! Sebaik sahaja mencuri Nexus, larikan diri dengan ganjaran!

Jika berminat, jangan tunggu lagi dan sila muat turun sekarang di Steam menggunakan pautan di bawah!

Buat masa ini, Asym Altered Axis tidak menyokong online matchmaking di pihak Infiltrator, jadi pastikan anda membawa 4 rakan lain untuk main bersama-sama.

Jika anda ada sebarang pertanyaan lain, jangan segan silu untuk menyertai Discord rasmi Asym Altered Axis di SINI.

Tags: Asym Altered AxismultiplayerPCsteam
Previous Post

Football Manager 2023 Console bakal dilancarkan di PlayStation 5 pada 1 Februari 2023!

Next Post

OddBallers – Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
OddBallers – Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform

OddBallers - Game berdasarkan dodgeball kini tersedia di semua platform

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd