Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke’ akan keluar pada 22 September 2022 di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke’ akan keluar pada 22 September 2022 di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Muse Malaysia secara rasmi telah mendedahkan bahawa ‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 manakala fan screening akan diadakan lebih awal pada 17 September.

Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke ialah filem ke-30 dalam siri Crayon Shin-chan, yang bermula pada tahun 1992 dan masih berlangsung hingga ke hari ini dengan lebih daripada 1000 episod. Berikut adalah sinopsis untuk filem baru:

Pada suatu hari, seorang wanita bernama Chiyome Hesogakure dengan seorang kanak-kanak bernama Chinzō melawat keluarga Nohara dan mendakwa bahawa dia adalah ibu sebenar Shinnosuke (Shinchan) dan membawanya pergi ke Kampung Ninja.

Di Kampung Ninja itu, keluarga Hesogakure telah melindungi “pusat bumi” dengan menyekatnya dengan penyumbat emas tulen menggunakan “teknik Mononoke” yang telah diturunkan dari generasi ke generasi. Jika penyumbat itu tercabut, bumi akan layu, putaran akan berhenti, dan “esok” dunia akan hilang!

Terpulang kepada Shinnosuke untuk mendedahkan misteri kelahirannya dan melindungi masa depan bumi dan keluarganya.

Bagi mereka yang berminat, jangan lupa untuk tonton ‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke apabila ia ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022 nanti!

Filem ini diarahkan oleh Masakazu Hashimoto (Appare-Ranman!, Crayon Shin–chan: Honeymoon Hurricane ~The Lost Hiroshi~) dan ditulis oleh Kimiko Ueno (Uchitama?! Have you seen my Tama?, Crayon Shin-chan Gaiden: Kazokuzure Ookami ) dan Hashimoto. Shin-Ei Animation ialah studio yang bertanggungjawab untuk produksi animasi.

Selain itu, pelakon termasuk:

  • Yumiko Kobayashi sebagai Shinnosuke Nohara
  • Miki Narahashi sebagai Misae Nohara
  • Toshiyuki Morikawa sebagai Hiroshi Nohara
  • Satomi Koorogi sebagai Himawari Nohara
  • Rina Kawaei sebagai Chiyome Hesogakure
  • Ayahi Takagaki sebagai Chinzo Hesogakure

Buat mereka yang tidak tahu, Crayon Shin-chan ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yoshito Usui. Crayon Shin-chan membuat penampilan pertamanya pada tahun 1990 dalam majalah mingguan Jepun yang dipanggil Weekly Manga Action. Adaptasi anime pula mula disiarkan di TV Asahi pada tahun 1992 dan masih diteruskan di beberapa rangkaian televisyen di seluruh dunia dan mempunyai lebih 1000 episod.

Crayon Shin-chan mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 1990-an melalui komik yang diterjemah kepada Bahasa Melayu bernama Dik Cerdas. Ia kemudian muncul di televisyen Malaysia dengan alih suara Bahasa Melayu yang disiarkan oleh NTV7 pada tahun 2002 dan merupakan antara rancangan televisyen yang paling digemari bagi stesen tersebut, sungguhpun terpaksa melalui penapisan yang ketat.

Disebabkan kematian pengarang Yoshito Usui secara tidak sengaja, manga dalam bentuk asalnya tamat pada 11 September 2009. Manga baru bermula pada 2010 oleh ahli pasukan Usui, bertajuk New Crayon Shin-chan.

Untuk segala liputan kami tentang Shin-Chan, sila tekan pautan ini.

Tags: animeCrayon ShinchanMalaysiamovie
Previous Post

Filem-filem gempak yang akan keluar di GSC Malaysia pada bulan Ogos 2022!

Next Post

Fullmetal Alchemist Mobile akan tiba pada 4 Ogos 2022, malangnya di Jepun saja

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Fullmetal Alchemist Mobile akan tiba pada 4 Ogos 2022, malangnya di Jepun saja

Fullmetal Alchemist Mobile akan tiba pada 4 Ogos 2022, malangnya di Jepun saja

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd