Selepas menerima 1 juta pemain yang mendaftarkan diri untuk Fullmetal Alchemist Mobile, Square Enix mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 4 Ogos 2022 di Jepun. Malang sekali, mereka tidak mengumumkan sebarang berita mengenai pelancaran seluruh dunia termasuk Malaysia. Fullmetal Alchemist boleh didapatkan melalui Google Play dan App Store.
Dengan pencapaian ini, mereka akan memberikan ganjaran khas kepada pemain yang membuat pra-daftar iaitu “SSR Selectable Memory Refinement Mark” yang membolehkan pemain memilih salah satu memori SSR tertentu. Bukan itu sahaja, pemain turut menerima unit SR “Winry”, 2720 diamond dan 3 “summoning coin.” Dengan ganjaran ini, pemain boleh lakukan sebanyak 20 gacha sekali gus.
Untuk anda yang tidak tahu mengenai game ini, ia merupakan adaptasi daripada siri manga popular, “Fullmetal Alchemist” yang dihasilkan oleh Hiromu Arakawa. Siri itu juga telah mendapat adaptasi lain seperti anime, filem dan juga filem live action. Berikut adalah sinopsis Fullmetal Alchemist:
Ahli alkimia adalah individu yang berpengetahuan dan berbakat secara semula jadi yang boleh memanipulasi dan mengubah suai bahan. Namun di sebalik pelbagai kemungkinan, alkimia tidak begitu berkuasa seperti yang dipercayai ramai orang. Transmutasi manusia adalah dilarang sama sekali, dan sesiapa yang mencubanya akan menghadapi akibat yang teruk.
Walaupun begitu, adik-beradik Edward dan Alphonse Elric memutuskan untuk mengabaikan pantang larang ini dan menghidupkan semula ibu mereka. Malangnya, bukan sahaja mereka gagal menghidupkannya, mereka juga membayar harga yang sangat tinggi kerana keangkuhan mereka: Edward kehilangan kaki kirinya dan Alphonse seluruh badannya. Tambahan pula, Edward juga menyerahkan lengan kanannya untuk perangkap jiwa adiknya ke dalam perisai besi.
Bertahun-tahun kemudian, ahli alkimia muda ini mengembara ke seluruh negara mencari Philosopher’s Stone, dengan harapan dapat memulihkan badan lama mereka dengan kuasanya. Bagaimanapun, pencarian mereka untuk batu itu juga membawa mereka untuk membongkar rahsia yang jauh lebih gelap daripada apa yang mereka bayangkan.
– MyAnimeList
Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa Fullmetal Alchemist Mobile hanya terdapat untuk Google Play Store dan App Store di Jepun sahaja, Malang sekali, Malaysia dan negara-negara lain tidak mendapat sebarang berita tentang pelancaran game ini. Harapnya, Square Enix terbuka hati untuk mengeluarkan versi global game ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik lain berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post