Beenox telah melakukan kerja yang baik untuk menghidupkan semula game lumba original PlayStation Crash Bandicoot dan mencampurkannya content daripada judul 2003, Crash Nitro Kart. Berikutan daripada pelancaran Crash Team Racing Nitro-Fueled pada minggu lepas di Switch dan platform-platform lain, Activision kini telah mendedahkan apa yang bakal datang untuk CTR: Nitro-Fueled.
Update pertama akan dilancarkan pada 3 Julai dan memperkenalkan content Grand Prix. Ini termasuk penambahan leaderboard pada menu Grand Prix. Buat masa ini, hanya terdapat leaderboard untuk Nitro Point Online dan Championship. Lagu “Twilight Tour” juga ditambah kepada dua mode lain dan watak Tawna boleh diperolehi selepas ini. Berikut adalah rumusan lengkap:
- Nitro Tour Grand Prix akan tiba tidak lama lagi dan anda boleh mula mendapat Nitro Points dan memperolehi pelbagai content bonus customization dengan menyelesaikan cabaran yang terdapat dalam menu Grand Prix†.
- “Twilight Tour” akan menjadi track baru yang boleh didapati untuk mod Local Arcade dan Online. Watak Tawna boleh diperolehi menerusi cabaran Grand Prix dan memperoleh Nitro Points. Anda juga akan menerima item baru tambahan termasuk kart, skin, sticker, decal, dan paint job!
- Tawna dan item yang diterangkan di atas hanya boleh diperolehi untuk masa yang terhad dengan melengkapkan cabaran Grand Prix semasa disambungkan ke internet. Apabila musim Grand Prix semasa berakhir, content ini tidak akan lagi tersedia untuk didapati melalui cabaran Grand Prix sehinggalah mereka muncul di Pit Stop di tarikh kemudian.
Segmen Pit Stop juga akan di-update dengan item baru. Siap sedia untuk kart baru, watak baru, skin baru, sticker baru, paint job baru, roda baru, dan pelekat baru. Sudah tentu, semua kandungan ini boleh ditebus dengan duit syiling Wumpa.
- Apabila melawat Pit Stop, anda akan melihat bahawa item yang telah ditambahkan sebagai sebahagian daripada Nitro Tour Grand Prix mempunyai imej botol Nitro kecil atas ikon mereka. Anda akan melihat perkara yang sama dalam menu customization di ikon yang sama. Botol Nitro kecil ini mempunyai nilai peratusan yang menandakan peningkatan Nitro Point tambahan yang pemain akan dapatk apabila menyelesaikan cabaran serta setiap item customization yang pemain memakai akan meningkatkan peratusan Nitro Point pada masa yang sama.
- Sebagai kandungan khas untuk beberapa penambahan watak “Nitro Squad”, Ami, Megumi, Isabella dan Liz boleh ditebus menggunakan syiling Wumpa di Pit Stop dan bendera dari negara-negara di seluruh dunia akan ditambah sebagai sticker kart .
Akhir sekali ialah beberapa perubahan kecil. Animasi di podium akan ditambahkan ke dalam perlawanan online, akan ada skrin “Message of the Day” ditambahkan, perubahan akan dibuat kepada kadar pendapatan syiling Wumpa dan ikon karakter akan mencerminkan kulit yang telah anda lengkapi. Selain daripada ini, update ini akan meningkatkan kestabilan online, membaiki semula perlanggaran dalam peta tertentu dan mengurangkan bug. Semua watak jahat dari Crash Nitro Kart kini akan dilindungi oleh topeng Velo juga.
Sumber – Activision
@gamersantaimy
Discussion about this post