Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Civilization: Eras & Allies Lancarkan Season 3 – Perkenalkan Peperangan Laut Di Peranti Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Civilization: Eras & Allies Lancarkan Season 3 – Perkenalkan Peperangan Laut Di Peranti Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K telah mengumumkan bahawa Civilization: Eras & Allies Season 3, yang bertajuk “Raging Waves,” telah dilancarkan secara rasmi dan kini tersedia secara percuma di peranti iOS dan Android.

Bagi meraikan update besar ini, sebuah trailer rasmi telah dikeluarkan, menjemput para pemain untuk menaiki kapal, menakluki lautan, dan memulakan pelayaran.

Sorotan utama kemas kini ini adalah pengenalan sistem peperangan laut yang luas. Pemain kini boleh membina ‘Shipyard’, meneroka ‘Ocean Tile’ yang merbahaya, dan memimpin pelbagai unit tentera laut.

Penambahan struktur berasaskan lautan seperti ‘Ocean Fortress’ dan ‘Port Cities’ memperkenalkan strategi baharu serta persaingan wilayah di lautan terbuka.

Bagi penyesuaian lanjut armada, ‘Sistem Remodel’ membolehkan pemain menggunakan blueprint untuk membuka kebolehan kapal yang disesuaikan berdasarkan tiga gaya pertempuran berbeza: “offense, survivability, dan control”.

Menerajui serangan ke perairan adalah lima pelaut legenda yang menyertai medan perang sebagai wira baharu:

  • Champion Tier: Blackbeard, Jang Bo-go, Ferdinand Magellan
  • Elite Tier: Anne Bonny, Mary Read

Season 3 turut meluaskan pilihan strategi dengan ciri-ciri khusus tamadun dan kemahiran yang hebat. Jepun kini memperoleh sehingga 10 tindakan ‘March’ atau ‘Restationing’ percuma setiap hari tanpa menggunakan AP, manakala Korea menerima bonus berperingkat berdasarkan petak tahap tinggi apabila ‘Capital’ diletakkan di ‘wilayah Crescent’.

Di samping kemas kini ini, ‘Historic Skill’ hebat turut diperkenalkan, menawarkan peningkatan yang mampu mengubah hala tuju permainan dan boleh dibuka dengan menukar wira-wira tertentu.

Bagi menggalakkan kerjasama yang lebih erat, ‘Sistem Bounty’ membolehkan ‘Alliance’ untuk melaksanakan misi-misi khusus bagi mendapatkan ganjaran berharga. Empat jenis misi tersebut termasuk:

  • Conquer Player Bounty: Takluki pemain sasaran dalam had masa.
  • Rescue Player Bounty: Selamatkan wilayah ahli Alliance yang telah ditawan oleh musuh dalam had masa.
  • Capture Tiles Bounty: Tawan sebilangan petak milik Alliance sasaran dalam had masa.
  • Gain Valor Bounty: Bertempur dengan pemain dari Alliance sasaran dan peroleh jumlah Valor yang diperlukan dalam had masa.

Misi ‘Capture Tiles’ dan ‘Gain Valor’ boleh dikeluarkan sebagai ‘Loop Quests’, di mana ahli Alliance boleh mengulanginya sehingga lima kali untuk ganjaran berterusan.

Bagi meraikan pelancaran ini, acara bermusim masa terhad, “The Scarlet Tide,” kini sedang berlangsung. Dari 28 Ogos hingga 10 September, pemain boleh mengambil bahagian dalam “Vermillion Vault,” sebuah acara log masuk 7 hari yang menawarkan pelbagai barangan penting untuk menyokong kemajuan mereka.

Dalam tempoh ini, kumpulan rekrut masa terhad yang istimewa juga akan tersedia, yang menampilkan wira-wira hebat peringkat Champion dan Elite.

Selain itu, dua skin eksklusif akan diperkenalkan: Yi Sun-sin – Rising Crimson Dragon dan Richard I – Cavalry’s Expedition. Selepas acara tamat, kostum ini akan ditambah secara kekal ke Hero Costume Shop.

Civilization: Eras & Allies Season 3 boleh dimainkan secara percuma di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Civilization: Eras & Allies
ShareTweetSend
Previous Post

Tiga Permainan Papan Yang Kami Tidak Akan Lupa Dari TableCon Quest 2025!

Next Post

HoYoverse Umum Honkai: Nexus Anima – Sebuah “Game Creature-Collecting Adventure”, Juga Buka Pendaftaran Beta

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
HoYoverse Umum Honkai: Nexus Anima – Sebuah “Game Creature-Collecting Adventure”, Juga Buka Pendaftaran Beta

HoYoverse Umum Honkai: Nexus Anima - Sebuah "Game Creature-Collecting Adventure", Juga Buka Pendaftaran Beta

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd