Selain memperkenalkan siri Next-Gen Razer Blade 15 dan Pro 17, Razer turut tidak ketinggalan untuk melancarkan produk terbaru mereka yang termasuk topeng muka terbaru dan juga kerusi gaming yang nampak sangat futuristik. Tanpa lengahkan masa berikut adalah produk yang telah dikenalkan oleh Razer;
Topeng muka terbaru untuk Norma Baharu
Masih ingat tahun lalu Razer telah membuka kemudahan pembuatan topeng muka bagi membantu dalam menghentikan wabak pandemik COVID-19? Ya dengan topeng yang dihasilkan, Razer telah mengedarkan 1 Juta topeng muka di seluruh dunia dan 100,000 telah diderma oleh komuniti Razer.
Tahun ini, Razer kembali dengan topeng muka baru atas nama “Project Hazel” yang merukan “Topeng Muka Terbijak di Dunia”. Topeng muka ini adalah selamat dipakai dengan penggunaan Surgical N95 Respirator, Pengudaraan Aktif dan fungsi Auto-Sterilization.
Reka bentuk Project Hazel sememangnya menarik dan nampak mengikuti gen terkini, Dengan reka bentuk transparent, juga mode Low Light, topeng muka ini turut menggunakan Teknologi Razer Voiceamp (Patent Pending) untuk kesenangan pengguna.
Tiada masalah dengan penggunaan harian, terdapat bekas disertakan bersama topeng muka ini dimana terdapat penapis yang boleh diganti, dan ventilators yang dapat di caj semula. Bekas ini juga merukan kes pengecaj dengan UV Sterilizer. Jadi sememangnya memudahkan harian kita untuk keselamatan terjamin.
Project Hazel turut mengoptimasikan pengudaraan, tidak menggangu keselesaan, meterai kedap udara dan pengguna turut boleh mengubah saiz bahagian sangkut di telinga. Nampak menarik kan? Tapi buat masa sekarang masih tiada sebut harga lagi. Kita nantikan kemaskini dari Razer ok!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Razer’s Project Hazel, sila lihat di sini.
Melihat ke Masa Depan Imersi dengan Kerusi Gaming baru!
Kini, setiap gamer memerlukan keselesaan tinggi dan penyesuaian hebat pada kerusi gaming mereka, ada yang mencari untuk tambahan TV, dengan paparan berlipat, senang cerita dengan gaya 3D untuk memudahkan pemain memandang semua arah permainan dimana sahaja. Disebabkan itu, memperkenalkan kerusi gaming terbaru dari Razer yang diberikan nama “Project Brooklyn“.
“Project Brooklyn adalah konsep menarik yang dikembangkan berdasarkan inti pati stesen permainan yang sangat mengasyikkan,” kata Min-Liang Tan. “Maklum balas haptik, visual dan reka bentuk fungsional secara keseluruhan dengan memperhatikan ergonomi akan memberikan pengalaman permainan yang unik.”
Project Brooklyn membawa konsep reka bentuk generasi seterusnya imersi pada sebuah kerusi gaming. Project Brooklyn ini mendefinisikan semula peraturan semua dalam satu hiburan. Ianya direka dari kerusi gaming yang biasa kepada Immersive Powerhouse. Membawa 60″ Paparan OLED Keliling Penuh untuk visual yang hebat dengan perincian dan kualiti. Terdapat 4D Armrest yang boleh diubah untuk keselesaan ergonomik pengguna. Bahagian kerusi turut terdapat teknologi Hypersense untuk Ultimate dalam Tactile Immersion. Ianya juga menggunakan Carbon Fibre Bucket untuk kawasan duduk supaya bergaming sepanjang hari dengan Superior Ergonomik.
Jangan kata Project Brooklyn tiada RGB! Dikuasakan dengan Razer Chroma RGB untuk penyesuaian lampu dan imersi! Jadi, kami sendiri tidak sabar dengan pelancaran Project Brooklyn ini nanti. Memang melangkah arah futuristik untuk keselesaan pemain lah!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Razer’s Project Brooklyn, sila lihat di sini.
Menarik betul semua produk yang diperkenalkan di CES 2021. Jangan lupa ikuti pautan ini untuk ketahui semua produk yang dilancarkan di CES 2021 ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post