Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CEO Gearbox menghantam Steam selepas isu Borderlands Review-Bomb!

Borderlands tak pernah lari daripada hal-hal kontroversi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 9, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
CEO Gearbox menghantam Steam selepas isu Borderlands Review-Bomb!
Share on FacebookShare on Twitter

Borderlands 3 memang tak boleh lari daripada berita kan. Sejak keluaran trailernya pada hujung Mac, macam-macam maklumat datang laju dan padat. Kebanyakannya diterima dengan hati terbuka tetapi satu keputusan telah mengundang satu masalah yang besar iaitu keputusan mereka untuk membawa Borderlands 3 ke Epic Games Store untuk perjanjian eksklusif selama 6 bulan.

Memang Epic Games Store sangat-sangat dibenci buat masa ini, dan peminat yang bengang serta-merta mula review bomb bekas judul Borderlands seperti Borderlands 1 dan 2 di Steam sebagai aksi protes. Hasil daripada aksi ini, Randy Pitchford, CEO kepada Gearbox dan Scott Velasques, seorang developer yang terlibat dengan francais Borderlands telah bersuara tentang aksi protes ini.

Segalanya bermula dengan Velasques memuat naik tweet tentang orang yang review bomb judul lama Borderlands sebagai aksi mogok terhadap francais atau studio. Beliau mengambarkan kelakuan ini sebagai “not cool” dan memarahi Steam kerana membenarkan aksi ini. Pitchford membalas dengan fakta “Steam tiada minat untuk membetulkan kesalahan ini” membuat beliau memikir dua tiga kali untuk menyimpan game francais mereka di platform Steam.

Ironically, that this misuse is possible and that Steam has no interest in correcting this misuse makes me kind of happy about 2k’s decision and makes me want to reconsider Gearbox Publishing’s current posture on the platform.

— Randy Pitchford (@DuvalMagic) April 5, 2019


Tetapi, komen mengenai Steam mengabaikan kesalahan ini tidak salah. Pada pertengahan bulan Mac, Valve mengimplementasikan sistem baru untuk melawan review bombing, iaitu perbuatan menulis review yang negatif tentang game tersebut sebagai aksi protes. Sistem ini berfungsi dengan memantau setiap review. Jika review negatif masuk dengan kadar yang laju dan banyak, sistem ini akan memberitahu pasukan di Valve, yang akan secara manual memeriksa dengan sendiri apa yang berlaku.

Selepas satu review bomb dikenal pasti, review-review ini akan dipindahkan ke kategori baru. Review ini akan kekal di seksyen review tetapi tidak menjejaskan user review score game tersebut. Memindahkan review negatif ini mungkin akan betulkan isu semasa, tetapi ia tidak membetulkan punca sebenar masalah. Itulah sebab kenapa Epic Games Store menarik banyak sangat negativiti.

https://www.youtube.com/watch?v=JiEu23G4onM

Walaupun Pitchford masih mempertimbangkan Steam sebagai pengedar, mana-mana keputusan tentang Epic Games Store eksklusif pasti akan jatuh, melainkan jika Epic mula bertanggungjawab tentang isu sebenar mengapa pemain bengang.

Sumber – IGN SEA

Tags: Bomb ReviewBorderlands 3epic games storesteam
Previous Post

Mode kesukaran baru dan World Tier dalam update terbaru Division 2!

Next Post

Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!

Bekas pekerja Valve berkata kehadiran Epic Games ke pasaran PC Store adalah bagus sebagai pencabar Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd