Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2019] Castlevania: Grimoire of Souls – Bermain di peranti mobile mengimbas kembali kenangan game klasik ini!

Pelbagai watak ikonik dihidupkan semula di dalam satu permainan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 16, 2019
in Acara, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pada TGS yang baru berlansung baru-baru ini, kami berkesempatan memainkan Castlevania: Grimoire of Souls. Anda boleh melihatnya sendiri di bawah:

Berikut adalah perincian berkenaan game ini menerusi laman web rasminya:

Berkenaan Game Ini

Watak-watak ikonik daripada siri Klasik Castlevania kembali! Pernyertaan baru daripada francais yang diminati ramai kini secara ekslusif di peranti mudah alih.

Permainan

Atasi kumpulan syaitan dengan menggunakan watak kegemaran anda daripada siri Castlevania! Kuasai cara pertempuran unik setiap watak untuk menumpaskan musuh yang paling susah.

  • Tetak, libas, kilas dan letupkan askar-askar Dracula dalam pertempuran real time!
  • Barisan watak-watak ikonik daripada keseluruhan siri ini, setiapnya memiliki kemahiran unik tersendiri!
  • Lalui perangkap maut sambil menjelajah dunia seperti yang tertulis di dalam Grimoire.
  • Bertempur menentang bos-bos yang kuat sambil bekerjasama untuk menang!
  • Mod permainan multiplayer
  • Alami jalan cerita asli yang berterusan, yang akan mengaitkan keseluruhan dunia Castlevania!

Bounty Hunt

Memperkenalkan mod permainan multiplayer! Bertempur bersama rakan-rakan untuk mengalahkan musuh sebanyak mungkin dalam masa yang ditetapkan!

  • Jelajah istana Dracula!
  • Kalahkan musuh dan kumpulkan coin sebanyak mungkin!
  • Awasi helah dan perangkap!
  • Gunakan item secara strategik untuk mengubah hala tuju pertempuran!
  • Kalahkan saingan anda dan maju ke puncak!

Jalan Cerita

Beberapa tahun telah berlalu semenjak kekalahan Count Dracula dan manusia memasuki era yang aman dan kesenangan.

Sehingga satu hari, Genya Arikado menerima satu surat misteri.

“Grimoire telah dibangunkan, dan dunia sedang dilanda kegelapan, kami merayu, bantulah kami!”

Sedar akan apa yang bakal menunggunya, Genya Arikado berangkat dalam kegelapan malam bulan purnama.

Watak

  • Genya Arikado – Individu yang bermaruah dan bekerja disebalik tabir untuk kerajaan Jepun. Sedikit yang mengetahui tentang kewujudannya, ataupun peranannya sebagai antara golongan yang mencegah kelahiran semula Dracula.
  • Watak lain termasuk Alucard, Simon, Charlotte, Shanoa dan Maria.

Secara keseluruhan, game ini sememangnya satu game Castlevania yang asli, dan ianya telah melalui beberapa perubahan supaya boleh dimainkan di peranti mudah alih. Sistem stamina yang barangkali tidak berapa disukai pemain telah kembali dalam game kali ini. Anda tidak akan boleh memainkan game ini seberapa banyak yang anda mahu, dan mungkin ini adalah satu pembelian dalam permainan yang akan didatangkan nanti.

Sistem levelling dalam game ini akan membuatkan pemain menghabiskan banyak masa dan point untuk meningkatkan keupayaan watak kegemaran anda. Walaupun terdapat permainan multiplayer, kami tidak berjaya membuat sambungan ketika percubaan kami.

Sistem kawalan terasa lancar sepanjang permainan. Namun, rentak keseluruhan game ini terasa agak perlahan; seolah-olah untuk memberikan keseimbangan kepada sasaran pemain yang ingin memainkannya. Seperti biasa, terdapat kebimbangan berkenaan sistem pengewangan dalam game ini.

Dan ini pula adalah trailer rasmi daripada KONAMI:

https://www.youtube.com/watch?v=2lnm3VAgLYo

Tags: castlevania: grimoire of soulskonamiMobile
Previous Post

[TGS 2019] Temu Ramah Eksklusif bersama sang lagenda Shuhei Yoshida, Presiden kepada Sony Worldwide Studios!

Next Post

Ais Kacang Edisi Monster Hunter World: Iceborne

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Ais Kacang Edisi Monster Hunter World: Iceborne

Ais Kacang Edisi Monster Hunter World: Iceborne

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd