Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cara-Cara untuk menjadi Streamer menggunakan OBS! Belajar sekarang!

Langkah-langkah ini akan bantu kamu mulakan karya streaming anda.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 26, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC
0 0
0
Cara-Cara untuk menjadi Streamer menggunakan OBS! Belajar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter
Sekiranya kamu ingin mula bersiaran langsung karya sendiri kepada berjuta-juta orang yang tidak dikenali di seluruh dunia, salah satu alat terbaik ialah Open Broadcast Studio yang dikenali sebagai OBS. Ia bagus untuk menunjukkkan gameplay kamu di YouTube atau Twitch, atau Live Facebook. Belajar menggunakan OBS mungkin agak mengelirukan juga. Kamu haruslah biasakan dengan aplikasi live stream sebelum mula menunjukkan kehidupan dan kemahiran kamu kepada dunia. Ini cara-cara untuk bermula.

Langkah-Langlah untuk Set-Up OBS

Sebelum anda mula streaming, kamu perlulah ada perisian OBS kan. Ini bermakna memuat turun, memasang, dan menyesuaikannya ke pilihan anda. Syukurlah, perisian ini sepenuhnya percuma dan sangat user-friendly.

  1. Muat turun OBS daripada lamanweb rasmi.
  2. Right-click kepada aplikasi OBS dan pilih “Run as administrator.”
  3. Sebelum kamu menyambungkan OBS ke platform pilihan streaming anda, kamu mahu memilih parameter dahulu. Klik pada butang “Settings,” di sudut kanan bawah, dan pilih tab “Video” di menu sebelah kiri.
  4. Pilih resolusi kamu, serta frame rate yang anda mahu. Jika kamu tidak pasti, YouTube, Twitch, dan Facebook mempunyai panduan untuk membantu. Kamu juga perlu memastikan kelajuan upload internet anda dapat mengendalikannya.
  5. Akses tab “Video” menggunakan menu sebelah kiri dan pilih BitRate yang kamu inginkan.

Sekiranya siaran kamu lagging, kamu harus menurunkan bitrate, resolusi, atau FPS. Jika kualiti rakaman video agak teruk dan kamu mempunyai kadar bandwidth yang laju, kamu mampu meningkatkan bitrate dan resolusi untuk meningkatkan kualiti siaran.

Sambung OBS kepada Servis Streaming Pilihan

Langkah seterusnya adalah untuk menyambungkan OBS dengan platform siaran yang kamu pilih. Dalam panduan ini, kita akan melihat YouTube, Twitch, dan Facebook. Prosesnya masih sama tetapi mempunyai beberapa alternatif lain.

  1. Mulakan OBS sebagai administrator.
  2. Klik butang “Settings” di sudut kanan bawah.
  3. Pilih “Stream” dari menu sebelah kiri.
  4. Pastikan “Stream Type” kamu ditetapkan kepada “Streaming Services.” Kemudian pillih pelantar yang kamu mahu siarkan rakaman langsung.

Bermula saat ini, kamu perlu memasukkan Stream Key unik yang diterima. Cara kamu memperolehnya bergantung pada pelantar pilihan. Teruskan membaca bahagian yang berkaitan di bawah untuk mencarinya.

PENTING: Stream Key adalah yang membolehkan kamu bersiaran langsung terus ke servis atau pelantar kamu. Pastikan kamu merahsiakannya, kerana seseorang boleh menggunakannya untuk bersiaran langsung dengan nama anda!

YouTube

  1. Pergi ke halaman Creator Studio di channel anda dan login jika diperlukan.
  2. Gunakan menu sebelah kiri untuk memilih “Other Features,” kemudian tekan “Live Streaming.”
  3. Pada halaman siaran langsung, scroll ke bawah sehingga lamu melihat bahagian “Encoder Setup.” Klik butang “Reveal” dan copy Stream Key anda.
  4. Kembali ke OBS dan paste ke bahagian “Stream Key”. Kemudian klik “Apply,” diikuti dengan “OK.”

Twitch

  1. Pergi ke Twitch TV dashboard dan login jika diperlukan.
  2. Pilih tab “Settings” di bahagian atas halaman, diikuti dengan “Stream Key.” Klik “Show key” dan copy kod yang tertera.
  3. Kembali ke OBS dan masukkan Stream Key Twitch anda. Klik “Apply,” kemudian “OK.”

Facebook Live

  1. Pergi ke halaman Facebook Live dan login jika diperlukan.
  2. Klik butang “Create Live Stream,”. Jangan risau tentang siaran kamu lagi, itu hanyalah istilah untuk memulakan untuk meyesuaikan siaran kamu di Facebook Live.
  3. Sekiranya kamu ingin melakukan siaran satu kali sahaja, copy “Stream Key.” Jika kamu ingin bersiaran langsung secara kerap di Facebook Live, tandakan kotak yang menyatakan “Use a persistent stream key,” dan copy kod yang dihasilkan .
  4. Kembali ke OBS dan paste ke kotak kosong “Stream Key”. Klik “Apply,” diikuti dengan “OK.”

Set-up Game Pilihan, Video, dan Audio untuk Tontonan Umum

Dua komponen utama untuk siaran langsung ialah video dan audio. Sama ada kamu menstrim sebuah game, diri sendiri, atau kedua-duanya sekali, kamu memerlukan audio dan video. Berikut adalah cara-cara untuk menyediakan setiap komponen secara individu.

Game Capture

Sekiranya kamu merancang untuk bersiaran langsung gameplay kepada penonton, kamu memerlukan OBS untuk menangkap rakaman game tersebut. Inilah cara untuk melakukannya:

  1. Di window “Sources” pada bahagian bawah, klik ikon “+” dan pilih “Game Capture” dari senarai.
  2. Pilih mode yang kamu mahu gunakan, seperti merakam apa-apa aplikasi yang fullscreen, sebuah aplikasi tertentu, atau mana-mana aplikas yang kamu tetapkan dengan hotkey. Yang kamu pilih mengikut keutamaan peribadi dan juga permainan video. Kebanyakan game boleh dirakam dengan mudah, tetapi kadangkala rakam game tersebut tidak akan keluar jika kamu memilih window tertentu. Dalam kes ini, rakam sebarang aplikasi fullscreen ialah jalan penyelesaian.
  3. Tentukan jika kamu mahu menghadkan frame rate atau menukar resolusi berdasarkan kualiti siaran dan kelajuan internet, dan jika kamu ingin menangkap kursor tetikus atau tidak. Hanya tandakan kotak masing-masing.

Apabila selesai, klik OK. Game kamu kini bersedia untuk siaran.

Webcam Video

Sama ada kamu mahu merakam wajah sendiri untuk reaksi jumpscare yang kelakar, atau kamu merupakan tarikan utama dalam video gaya vlog, webcam boleh pergi jauh untuk memberi identiti kepada strim anda. Inilah caranya untuk menetapkannya.

  1. Pastikan webcam kamu disambungkan ke PC.
  2.  Di window “Sources”, klik ikon “+” dan pilih “Video Capture Device.” Beri nama.
  3. Pilih kamera kamu dari senarai pilihan “Device”.
  4. Gunakan butang konfigurasi untuk mengkonfigurasi kualiti video dan FPS.
  5. Apabila siap, klik butang OK.

Audio capture

Tidak kisah jika kamu hanya merakam suara sendiri, audio dalam game, atau kedua-duanya sekali, penonton perlu dengar daripada kamu. Inilah cara untuk menyediakan audio di siaran langsung kamu.

  1. Klik butang “Settings” di sudut kanan bawah.
  2. Pilih tab “Audio” dari menu sebelah kiri.
  3. OBS mempunyai beberapa input audio yang kamu boleh gunakan. Konfigurasi setiap satu yang kamu perlukan secara berasingan, supaya kamu mempunyai audio PC di satu aliran dan audio mikrofon pada siaran lain – jika kamu mahu suara sendiri sekali.

Apabila kamu telah menetapkan semuanya, tekan butang “Apply,” diikuti dengan “OK.”

Mulakan Siaran Langsung

Apabila kamu sudah tetapkan segalanya dan sudah bersedia untuk mula, kami mengesyorkan kamu menekan butang “Start Recording”. Itu tidak akan menghantar kamu ke live, tetapi memberikan kamu peluang untuk menjalankan ujian ringkas bagi memastikan semuanya berfungsi. Ini ialah satu cara yang bagus untuk mereka yang baru menggunakan OBS buat kali pertama.

Selepas semua diuji dan kamu benar-benar bersedia untuk mula, tekan “Start Streaming.” Sekiranya semuanya berjalan dengan baik, kamu akan menghantar video dan audio ke mata dan telinga penonton kesayangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Live FacebookOBSOpen Broadcast StudioTwitchyoutube
Previous Post

Selalunya hero anime kami kongsikan, kali ini jom kenali watak PENJAHAT dalam Anime yang Tak Boleh Blaa!!

Next Post

Butiran pertama untuk hands-on The Last of Us II – Giliran Ellie untuk mengganas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Butiran pertama untuk hands-on The Last of Us II – Giliran Ellie untuk mengganas!

Butiran pertama untuk hands-on The Last of Us II - Giliran Ellie untuk mengganas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd