Haaa selalu sangat kami kongsikan watak kuat dalam anime atau hero paling padu kan? Kali ini kita ‘twist-up’ cerita sedikit dan berkongsikan tentang ‘Anime Villains’ atau watak penjahat dalam anime yang tak boleh bla, atau kelakar atau sentiasa buat jahat tidak menjadi kat anda semua! Ok jom lihat siapa watak-watak tak boleh bla tu kat bawah ni!
TEAM ROCKET -Pokémon
Siapa peminat setia Pokémon dari zaman musim pertama hingga kini pasti tahu musuh sejati Ash Ketchum adalah Team Rocket kan? Dari awal siri hingga kini, si Team Rocket Trio ini sentiasa mengikuti perjalanan Ash dan berusaha nak menculik Pikachu serta Pokémon lain. Ramai ahli telah muncul sebagai Team Rocket, dalam beberapa kawasan seperti Johto dan Kanto tetapi mereka tidak pernah dapat kalahkan gelagat Jesse, James dan Meowth! Ibarat Pratagonis dalam Team Rocket, mereka membuat ramai peminat sentiasa terhibur dengan gelagat mereka bertiga.
Ginyu Force – Dragon Ball Z
Terdapat terlalu banyak penjahat di Dragon Ball Z, ada yang baik ada yang hebat dan ada yang terlalu lurus! Banyak yang jadi kegemaran peminat fanatik Dragon Ball, dan antara jadi kegemaran tu dah tentulah Ginyu Force! Semua penjahat nampak hebat-hebat, sampai je pasukan ni memang jadi bahan lawak! Tapi selawak-lawak diorang ni pun, kesemua ahli mereka kuat-kuat taw! Walaupun jahat, sama-sama kejam dan dingin sama dengan tuan mereka, Ginyu Force mengikuti mentaliti bebas dari dalam kumpulan dan mempunyai kod kehormatan dan keadilan sendiri. Ini adalah ciri-ciri yang membezakannya daripada seluruh Galactic Frieza Army dan mereka adalah satu-satunya yang tidak terancam atau tidak dihormati oleh Frieza.
The Jiggle Butt Gang – Fairy Tail
Sesiapa yang tengok siri anime Fairy Tail mesti akan bergelak sakan kalau pasukan Jiggle Butt Gang ni muncul! Punggung mereka yang macam begetar macam jeli tu memang pecah perut tengok! Masalahnya yang tak boleh bla, kalau diorang ni gabungkan punggung diorang, ianya akan menghasilkan satu kuasa hebat, iaitu menghasilkan gas~eh sebenarnya kentut tu~ tapi padu sampai boleh buat musuh tumbang! Trio penjahat ni memang boleh jadi paling hebat dalam penjenayah dalam siri-siri anime lah!
Buggy – One Piece
Kapten daripada Buggy Pirates. Kuasa paling padu dia adalah Chop Cop Fruits. Dia boleh memecahkan badannya dan membuatnya terbang ke udara, tetapi kakinya tetap di atas tanah. Si badut Buggy ni pernah menolong Luffy dan juga sentiasa tidak puas hati dengan Shanks! Antara yang senang buat peminat tergelak dalam One Piece memang Buggy lah! Reaksi mukanya dah habis mengalir air mata anda seba tergelak-gelak!
The Rubberobo Gang – Medabots
Tiap kali pasukan Rubber Robo Gang ini hadir kat Medabots, sakit hati je selalu! Suka sangat menyusahkan orang terutama Ikki Tenryo dan Metabee dengan mencuri medal-medal yang rare. Ketua Rubberrobo Gang merupakan Dr. Ammond tetapi pasukan yang selalu hadir adalah Seaslug seorang pemimpin yang tak matang lansung dan pemimpin wanita Gillgirl. Ada Meta bots pun masih lemah! Jadi pada korang yang terasa rindu dengan gelagat Rubber Robo Gang yang sentiasa menjengkelkan ni boleh la tengok siri-siri Metabots semula.
Okay sampai sini perkongsian kami hari ini. Rasa rindu tengok muka-muka penjahat ini semua tak susah, pergi je tengok online semua siri-siri ini. Jadi kongsikan kat kami juga dalam ruangan komen Facebook kami, yag mana jadi kegemaran korang dan mana lagi penjahat yang kami tertinggal? Hingga jumpa lagi geng!
@gamersantaimy
Discussion about this post