Pada hujung bulan Februari, kita telah didedahkan dengan tarikh pelancaran rasmi Call of Duty: Warzone Mobile. Kalau anda terlepas berita, game tersebut akan dilancarkan pada 21 Mac 2024! Pra-daftar sudah pun dibuka melalui Google Play dan App Store! Bukan setakat itu sahaja, trailer pelancaran juga sudah dilepaskan. Anda boleh tontonnya di bawah.
Memandangkan game ini akan dilancarkan tidak lama lagi, ada beberapa maklumat baru yang dikeluarkan! Jom kita lihat satu per satu maklumat tersebut.
Acara
Acara akan berlaku pada setiap minggu. Melalui acara ini, anda boleh mendapatkan ganjaran seperti Blueprints, Camo dan Arsenal Coin.
Item, Operator & Equipment
Terdapat Gear UP Lobby yang anda boleh manfaatkan. Lobi ini berfungi untuk anda menyiapkan Operator anda untuk combat Battle Royale dan Multiplayer. Setiap aspek Operator seperti peralatan dan penampilan boleh diubah termasuklan semua item yang anda sudah buka.
Battle Royale & Multiplayer
Terdapat pelbagai mode game yang anda boleh mainkan! Antara mode yang anda bakal alami pada 21 Mac nanti adalah:
- Battle Royale: Bertahan lebih lama dengan sehingga 120 pemain sebenar dalam pertarungan ini. Tersedia di Verdansk.
- Mobile Royale: Combat yang lebih pantas, loot yang lebih baik dan misi yang lebih banyak. Operator terakhir hidup akan menjadi pemenang. Tersedia di Verdansk.
- Rebirth Resurgence: Dimainkan di Rebirth Island. Kekal hidup untuk memanggil semula ahli pasukan yang telah tumpas dan dapatkan mata untuk kembalikan mereka dengan lebih pantas.
- Mosh Pit (Multiplayer): Memaparkan Team Deathmatch, Domination, Hardpoint dan Kill Confirmed di Scrapyard, El Asilo, Hotel, Shipment dan Shoot House.
- Shoot the Ship (Multiplayer)
Kalau anda tidak mahu bermain dengan pemain lain, boleh panggil kawan-kawan anda untuk sertai Private Match yang boleh diakses menggunakan kod. Mode yang anda boleh mainkan apabila game dilancarkan nanti adalah Battle Royale Solos, Duos, Trios, dan Quads di Verdansk, dan Rebirth Resurgence Duos dan Quads di Rebirth Island. Yang menariknya, semua mode game dan playlist ini direka untuk dimainkan pada Call of Duty: Warzone Mobile sahaja.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Anda boleh dapatkan maklumat penuh melalui blog rasmi game. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post