Baru-baru ini, Microsoft mengesahkan bahawa mereka berhasrat untuk membawa game-game besar daripada Activision Blizzard ke dalam Xbox Game Pass termasuk Call of Duty. Ini berikutan dengan pemerolehan yang ditawarkan oleh Microsoft kepada syarikat tersebut dengan jumlah $70 bilion (anggaran RM 313 bilion).
Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, bos Xbox sendiri mengatakan yang perkara ini tiada kena mengena dengan mengambil Call of Duty dari PlayStation.

Pengumuman ini telah dibuat melalui blog di laman web Microsoft. Dengan kenyataan yang panjang daripada Phil Spencer, ia merupakan tindak balas kepada The UK Competition and Market Authority kerana mereka sedang mempertimbangkan keputusan dan secara langsung bimbang dengan pesaing dalam pasaran konsol dengan teruk.
Kami berhasrat untuk menjadikan library kepada game-game Activision Blizzard yang sangat digemari – termasuk Overwatch, Diablo dan Call of Duty – tersedia dalam Game Pass dan untuk mengembangkan komuniti game tersebut. Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, kami komited untuk menjadikan versi Call of Duty yang sama tersedia di PlayStation pada hari yang sama game itu dilancarkan di tempat lain.
Menurut Phil Spencer

Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dengan rancangan Xbox untuk mengambil alih Activision Blizzard, terutamanya bagi peminat Call of Duty, Spencer memberikan contoh kepada pemerolehan studio game yang sangat popular, Minecraft iaitu Mojang.
Kami tahu pemain mendapat manfaat daripada pendekatan ini kerana kami telah melakukannya dengan Minecraft, yang terus tersedia pada pelbagai platform dan telah berkembang kepada lebih banyak lagi sejak Mojang menyertai Microsoft pada 2014.
Menurut Phil Spencer

Saya ingin mengingatkan anda bahawa pemerolehan Activision Blizzard ini bukan menjadikan game daripada mereka menjadi Xbox eksklusif, tetapi mengembangkan komuniti yang sedia ada. Game yang dihasilkan oleh mereka juga tersedia di mana-mana platform.
Apa pendapat anda mengenai pemerolehan yang dilakukan oleh Microsoft kepada Activision Blizzard untuk bawa game mereka ke dalam Xbox Game Pass? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk dapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post