Nampaknya tahun ini memang bukan untuk peminat DC. Warner Bros. Discovery telah pun mengumumkan bahawa acara DC FanDome 2022 dibatalkan. Untuk anda yang tidak mengenali acara ini, ia seperti showcase untuk kemas kini dan pengumuman projek terbaru untuk peminat DC. Pada tahun lepas, acara ini distrim dalam talian selepas mendapat sambutan hangat pada tahun 2020.

Ramai juga peminat DC yang kecewa selepas mendapat berita buruk ini. Dalam kenyataan rasmi oleh Warner Bros. Discovery, acara DC FanDome 2022 telah pun dibatalkan selepas melihat banyak acara fizikal diadakan di seluruh dunia. Dengan itu mereka merancang untuk berhubung dengan peminat di acara comic-con yang akan berlangsung.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/21809056/blogroll_DCFandome_5f2c5ae4184979.47087224.jpg)
Walaupun berbunyi macam berita baik, tetapi nasib DC masih lagi kelam dengan banyak penangguhan dan pembatalan filem yang dirancang. Rasanya ramai sudah tahu, bahawa DC ingin mewujudkan satu universe seperti Marvel malah meminta Dan Lin untuk mengendalikan filem-filem DC. Dengan pembatalan DC FanDome 2022, mungkin tiada berita baru yang akan diberikan oleh Warner Bros. Discovery pada tahun ini.
Tetapi jangan risau kerana masih banyak lagi siri dan filem DC yang kekal “hidup”. Contohnya, Harley Quinn dan The Sandman yang tersedia di Netflix. Filem Black Adam pula akan ditayangkan pada bulan Oktober nanti. Tidak dipulakan juga pada filem Shazam! The Fury of the Gods dan Aquaman 2 yang akan ditayangkan pada tahun depan. Apapun, kita sebagai peminat hanya mampu berharap DCEU boleh bangkit selepas ini.









Discussion about this post