Selepas bertahun-tahun jadi spekulasi, akhirnya kita mempunyai beberapa maklumat mengenai GTA 6 yang mungkin boleh dipercayai. Seorang sumber yang pernah meramalkan spesifikasi PS5 dengan tepat juga telah mendedahkan beberapa maklumat terperinci tentang Grand Theft Auto 6.
- Tarikh keluaran
Ramai yang menganggarkan ia akan keluar dari 2019 hingga 2022 untuk GTA 6. Sudah tentu, kita hampir pasti dapat menolak 2019 sekarang kerana tiada sebarang maklumat dikeluarkan pada tahun ini, tetapi sumber rahsia ini telah menyatakan bahawa Grand Theft Auto 6 mungkin akan dikeluarkan pada akhir tahun 2020. Sekiranya benar, ini adalah pendedahan yang menakjubkan kerana game ini akan keluar dalam masa kurang dua tahun.
Istilah yang digunakan, “Kemungkinan GTA 6 Holiday 2020” memberi maksud bahawa pembocor ini tidak mempunyai maklumat yang kukuh. Namun, ia tetap mengakui tentang kewujudannya. Tidak dinafikan GTA 5 adalah game yang paling berjaya, dan ia tidak pelik dengan kehadiran sequel seterusnya. Malah, maklumat sebegini adalah daripada sumber yang boleh agak dipercayai.
- PS5 Eksklusif
Mungkin pendedahan terbesar dari leak ini adalah, Sony cuba mendapatkan tempoh eksklusif GTA 6 untuk PS5. Kata sumber tersebut, “Saya dengar bahawa Sony membayar wang yang sangat besar untuk mendapatkan masa 1 bulan eksklusif untuk PS5.” Jika benar, dan Sony berjaya memperoleh tempoh eksklusif, ia akan memberikan PS5 kelebihan yang lebih besar daripada yang dijangkakan.
- Lokasi GTA 6
Yang paling ditanya-tanya peminat ialah di manakah lokasi game tersebut akan berdasarkan. Khabarnya ialah New York, Miami, dan California, atau bahkan London. Pembocor ini juga menyatakan mereka telah mendengar khabar angin bahawa ia akan berpusat di Miami dan New York. Ia menarik bagaimana pengunaan perkataan “dan” di sini mencadangkan bahawa game tersebut akan mempunyai dua lokasi utama. Namun, dia menambah “Saya tidak pasti jika itu 100% benar.”
- Bolehkah dipercayai?
Agak pelik bagaimana seorang individu biasa mempunyai maklumat begitu banyak mengenai GTA 6. Namun, ia mungkin benar dan mungkin juga tidak. Memandangkan sumber pembocor ini dapat meramalkan spesifikasi PS5 secara tepat dan betul pada pelbagai butiran berkaitan PS5, ia sememangnya sedikit sebanyak bernilai untuk memegang kata-katanya buat masa ini. Seperti biasa, jangan percaya bulat-bulat dan tunggu pengumuman rasmi dari Rockstar mengenai game yang semua orang tak sabar-sabar nak main!
Sumber: Games Radar
@gamersantaimy
Discussion about this post