Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Buru atau Diburu? ‘Killer Inn’ Buka Akses Bermula 13 Februari 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 28, 2026
in Action, Artikel, Berita, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Buru atau Diburu? ‘Killer Inn’ Buka Akses Bermula 13 Februari 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix dan pembangun Tactic Studios telah mengumumkan bahawa game multiplayer murder mystery akan datang, Killer Inn, akan dilancarkan secara Early Access di PC melalui Steam pada 13 Februari. Pemain boleh bermain secara solo atau dalam squad berdua, bertiga, atau berempat untuk merungkai misteri tersebut bersama-sama.

Dibangunkan dengan kerjasama TBS Games, Killer Inn ialah sebuah asymmetrical action game yang meletakkan 24 pemain dalam satu senario penipuan berisiko tinggi.

Premisnya ditetapkan oleh sebuah organisasi mencurigakan dikenali sebagai “Astra,” yang menjemput tetamu ke sebuah istana terpencil dengan janji kekayaan yang melimpah-ruah. Namun, perhimpunan itu pantas bertukar menjadi pertumpahan darah.

Pemain dibahagikan secara rahsia kepada dua kumpulan: “Lambs” (majoriti) dan “Wolves” (pembunuh). Berbeza dengan game social deduction tradisional yang banyak bergantung pada mesyuarat dan pengundian, Killer Inn lebih menumpukan kepada aksi dan penyiasatan.

Lambs perlu mengumpul petunjuk fizikal yang ditinggalkan di tempat kejadian (seperti rambut, cap jari, atau darah) untuk menyimpulkan siapa pembunuhnya.

Sebaik sahaja suspek dikenal pasti, Lambs boleh bertindak sendiri dan melawan semula menggunakan senjata yang ditemui di seluruh istana, atau cuba melarikan diri dengan mendapatkan kunci ke pintu gerbang pelabuhan.

Manakala Wolves pula perlu menyamar, memperdayakan kumpulan tersebut sambil membunuh sasaran satu demi satu.

Game ini menekankan playstyle yang unik melalui barisan watak yang berbeza, masing-masing dengan ‘perk’ tersendiri.

Sebagai contoh, watak seperti Vasco ialah seorang lanun yang memberikan buff kepada damage di kawasan pelabuhan; Jean-Paul, seorang “Otaku” yang mendapat diskaun kedai; dan Miao, seorang ahli bela diri yang tidak boleh di-grapple oleh pemain lain.

Untuk meningkatkan saspens, game ini menampilkan proximity-based 3D audio voice chat. Ini membolehkan konspirasi sulit dilakukan di dalam bilik tertutup, tetapi juga bermakna pemain perlu berhati-hati dengan siapa yang mungkin sedang mendengar dari balik dinding.

Bagi mereka yang lebih suka berdiam diri, sistem emote dan stamp tersedia untuk komunikasi.

Square Enix mengesahkan bahawa in-game purchase opsyenal akan tersedia dari hari pertama, termasuk Premium Battle Pass, weapon skin, dan kosmetik watak. Mereka menekankan bahawa semua kandungan berbayar hanyalah kosmetik semata-mata dan tidak akan mempengaruhi keseimbangan gameplay atau abiliti watak.

Tags: Killer Inn
ShareTweetSend
Previous Post

Fatal Frame II: Crimson Butterfly Remake Bakal Menerima Demo & Kolaborasi Bersama Silent Hill f!

Next Post

Toei Umum Filem Kamen Rider AGITO Baharu! Semua Pelakon Asal Kembali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Toei Umum Filem Kamen Rider AGITO Baharu! Semua Pelakon Asal Kembali!

Toei Umum Filem Kamen Rider AGITO Baharu! Semua Pelakon Asal Kembali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd