Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Bukan Salinan Game Mobile” – Junzo Hosoi Jelaskan Pendekatan Baharu Atelier Resleriana

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Turn-Based
0 0
0
“Bukan Salinan Game Mobile” – Junzo Hosoi Jelaskan Pendekatan Baharu Atelier Resleriana
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Atelier, yang terkenal dengan tema unik tentang alkimia, penceritaan, dan elemen RPG, bakal melangkah ke fasa baharu menerusi game terbarunya, Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian.

Dalam satu temu bual bersama kami, General Producer Junzo Hosoi berkongsi pandangannya mengenai proses pembangunan game ini, kaitannya dengan warisan siri Atelier, serta pembaharuan menarik yang bakal dinikmati para pemain.

Kredit: KOEI TECMO

Kisah Baharu dalam Dunia yang Dikenali

Kredit: KOEI TECMO

Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian mengambil latar dunia yang sama seperti game mobile Atelier Resleriana: Forgotten Alchemy and the Liberator of Polar Nights, namun membawakan jalan cerita yang unik dan berbeza.

“Kedua-dua karya ini berkongsi pandangan dunia yang sama, tetapi cerita kedua-dua karya ini tidak mempunyai kaitan yang kuat,” jelas Hosoi.

Dalam hal ini, pasukan pembangun merancang kedua-dua cerita untuk wujud secara selari, memastikan tiada watak yang muncul serentak dalam kedua-dua versi. Pendekatan ini membolehkan game terbaharu ini berdiri sebagai satu entri baharu yang sah dalam siri Atelier, bukan sekadar sambungan atau versi ulangan daripada game mobile.

Tokoh-tokoh seperti Resna dan Valeria, watak utama dalam versi mobile, masih memainkan peranan penting dari segi pengaruh terhadap dua protagonis baharu, namun kehadiran mereka dikawal dengan cermat supaya watak-watak baharu tetap menjadi tumpuan utama.

Kredit: KOEI TECMO

Hosoi turut mengulas tentang pengakhiran versi mobile, satu keputusan yang dibuat berdasarkan perbezaan jangkaan dalam kalangan pemain antarabangsa terhadap siri Atelier.

“Sebab utama ialah kandungan game mobile mungkin bukan seperti yang diharapkan oleh ramai pemain luar negara daripada game ‘Atelier’,” katanya.

Menyedari betapa pemain masih menyayangi dunia dan wataknya, pasukan membangunkan The Red Alchemist & the White Guardian sebagai pengalaman Atelier klasik, dengan menekankan semula sistem combat turn-based serta fokus utama kepada alkimia.

“Ia bukan salinan game mobile, mahupun cerita sampingan; sebaliknya, ia boleh dipanggil tajuk baharu yang sah dalam siri ‘Atelier’,” tegas Hosoi.

Sistem sintesis dua warna, seperti yang digambarkan dalam judul game, menjadi elemen penting dalam jalan cerita, di mana simbolisme “merah” dan “putih” memberikan makna dan memperkaya naratif berasaskan alkimia.

Dua Protagonis dan Penghormatan kepada Tradisi

Kredit: KOEI TECMO

Pemilihan untuk menampilkan protagonis lelaki dan perempuan dalam game ini menandakan satu kepulangan kepada format yang kali terakhir digunakan dalam Atelier Escha & Logy: Alchemists of the Dusk Sky. Menurut Hosoi, keputusan ini berpunca daripada kehendak peminat dan usaha untuk membawa nafas baharu kepada siri ini.

“Masih ramai pemain yang menginginkan protagonis lelaki dan perempuan,” katanya, sambil menambah bahawa judul-judul terkini dalam siri ini lebih banyak menampilkan protagonis perempuan sama ada secara solo atau berpasangan.

Watak-watak utama baharu, termasuk Rias, memberikan interaksi cerita yang lebih bertenaga, disokong oleh rekaan senjata yang unik (gabungan cambuk dan tongkat) yang berkait rapat dengan elemen gameplay.

“Apabila [Rias] mengubah [tongkatnya] menjadi cambuk, dia boleh mencapai pelbagai bahan yang lebih luas, menjadikan game kurang tekanan dan lebih mudah disesuaikan,” kongsi Hosoi, menunjukkan bagaimana penggunaan cambuk memperluas jangkauan untuk mengumpul bahan, sekali gus mempertingkatkan aspek penerokaan dalam game.

Kredit: KOEI TECMO

Game ini turut membawa kembali watak-watak kesayangan peminat seperti Rorona dan Totori, dan Hosoi memberi bayangan akan kehadiran watak-watak klasik lain yang masih dirahsiakan. “Kami akan mendedahkan watak-watak lama yang lain di pentas,” katanya, memberi isyarat kepada kejutan yang menanti peminat lama siri ini.

Membentuk Teras Gameplay dan Alkimia

Kredit: KOEI TECMO

Secara terasnya, Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian kekal berpegang pada identiti siri Atelier yang berpusatkan kepada alkimia, dengan sistem sintesis menjadi fokus utama gameplay.

“Titik permulaan dan asas keseluruhan game ialah sistem sintesis,” jelas Hosoi, sambil menerangkan bahawa jalan cerita utama dan tahap kesukaran musuh disesuaikan dengan teliti berdasarkan sistem tersebut.

Mekanik sintesis dua warna, yang merupakan hasil evolusi daripada versi game mobile, kini ditambah baik untuk game berasaskan single player, memberikan gabungan antara kerumitan sistem dan kemudahan untuk diakses.

Kredit: KOEI TECMO

Pelbagai elemen gameplay baharu turut diperkenalkan seperti pembangunan bandar, kembalinya pari-pari, serta sistem pengurusan kedai, semuanya menambah dimensi baharu dalam pengalaman bermain.

Hosoi menyifatkan sistem ini sebagai mempunyai tahap cabaran sederhana, direka untuk membantu pemain baharu mengikuti jalan cerita dengan mudah, sambil masih menawarkan kebolehmain semula untuk pemain veteran.

“Selagi pemain bermain sedikit, cerita boleh berkembang dengan lancar, dan pemain baharu boleh bermula dengan relatif mudah,” katanya.

Fitur Dimensional Path, iaitu dungeon dengan elemen rawak, memperkukuh nilai kebolehmain semula melalui kehadiran bos-bos istimewa dan mekanik unik.

“Memang akan ada beberapa bos unik,” ujar Hosoi, sambil menyatakan bahawa gameplay juga membolehkan pemain memanggil pari-pari kuat, menambahkan elemen strategi dalam pengalaman meneroka dungeon.

Kolaborasi dan Evolusi

Kredit: KOEI TECMO

Penglibatan Team Ninja dalam pembangunan game ini membawa nilai tambah yang melengkapi kepakaran Gust.

“Tiada pembahagian tugas yang jelas antara kedua-dua pihak; kedua-duanya terlibat dalam pelbagai aspek,” jelas Hosoi, yang menekankan bahawa kerjasama ini telah mengukuhkan visi Gust tanpa mengorbankan identiti asal siri Atelier.

Kolaborasi ini turut memainkan peranan penting dalam memperhalusi aspek penerokaan dan sistem combat, menghasilkan pengalaman gameplay yang lebih seimbang dan tersusun.

Kredit: KOEI TECMO

Menjenguk ke masa depan, Hosoi menyatakan minat untuk terus mengembangkan gameplay siri ini, khususnya ke arah combat yang lebih berfokuskan aksi. “Ini memang arah yang sedang kami pertimbangkan,” katanya, mengusik tentang kemungkinan inovasi yang bakal diterokai dalam tajuk-tajuk akan datang.

Merujuk kepada Atelier Yumia, yang cuba menggabungkan pengaruh trend global dan elemen open-world, Hosoi menjelaskan bahawa maklum balas daripada pemain menjadi pendorong untuk meluaskan fokus kepada gameplay Atelier.

“Kami juga merenung tentang apa sebenarnya gameplay teras siri Atelier,” katanya, membayangkan bahawa tajuk-tajuk masa depan mungkin akan terus mengemask kini dan menyeimbangkan pendekatan ini.

Dunia dengan Ruang untuk Berkembang

Reka bentuk game ini membuka peluang untuk menghasilkan spin-off pada masa akan datang, walaupun Hosoi menegaskan bahawa semua itu bergantung pada sambutan pemain.

“Sama ada ia dapat direalisasikan secara khusus bergantung pada pendapat dan reaksi semua orang,” katanya, menyatakan keterbukaannya untuk meneruskan arah tersebut sekiranya maklum balas daripada peminat adalah positif.

Bagi pemain antarabangsa yang masih meminati versi mobile, Hosoi turut mengakui ada kemungkinan untuk menambah sokongan pelbagai bahasa pada server Jepun, namun tiada janji yang dipastikan buat masa ini.

Kredit: KOEI TECMO

Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardian akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch, dan PC melalui Steam pada 26 September. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Atelier Resleriana: The Red Alchemist & the White Guardianinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile “HAIKYU: FLY HIGH” Ditetapkan Keluar Pada 31 Julai 2025!

Next Post

[EKSKLUSIF] Minda-Minda Kreatif Gearbox Software Jelaskan Apa Yang Membuatkan Borderlands 4 Berbaloi Ditunggu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[EKSKLUSIF] Minda-Minda Kreatif Gearbox Software Jelaskan Apa Yang Membuatkan Borderlands 4 Berbaloi Ditunggu!

[EKSKLUSIF] Minda-Minda Kreatif Gearbox Software Jelaskan Apa Yang Membuatkan Borderlands 4 Berbaloi Ditunggu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd