Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Mobile “HAIKYU: FLY HIGH” Ditetapkan Keluar Pada 31 Julai 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game Mobile “HAIKYU: FLY HIGH” Ditetapkan Keluar Pada  31 Julai 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Versi global HAIKYU: FLY HIGH, game mobile yang diinspirasikan daripada manga dan anime popular karya Haruichi Furudate, bakal menemui peminat di seluruh dunia pada 31 Julai 2025 untuk platform iOS dan Android.

Selepas pelancaran sulungnya yang berjaya di Jepun pada 28 Mac 2024, game ini, yang dibangunkan oleh Prophet Games dan diterbitkan oleh Garena bersama KLab Inc. sebagai sebahagian daripada kerjasama khas, kini bersedia menembusi pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia.

/
🎉 Global Launch Date Confirmed!
HAIKYU!! FLY HIGH officially releases on 📅 JULY 31st!
\

🌐 Pre-register now and join the team early:
🔗 https://t.co/B4nxc1JhC9

🏐 Mark your calendar and get ready to jump into the action!

💥 To celebrate, we're hosting a special giveaway… pic.twitter.com/2XC2sMfSXY

— HAIKYU!! FLY HIGH (@EN_HQflyhigh) July 11, 2025

Dalam HAIKYU: FLY HIGH, pemain berpeluang menyelami dunia bola tampar yang penuh semangat dari siri Haikyu!! dengan mengumpul dan melatih watak-watak ikonik seperti Shoyo Hinata, Tobio Kageyama, Kenma Kozume, dan Tetsuro Kuroo bagi membentuk pasukan impian mereka.

Game ini menggabungkan elemen kad taktikal masa nyata dengan visual 3D serta animasi sinematik, menampilkan aksi ikonik seperti “Quick Attack” Hinata dan Kageyama serta servis lompatan hebat Oikawa.

Pemain akan diuji dalam membentuk strategi pasukan yang mantap, mengambil kira peranan setter, hubungan counter, dan sinergi antara ahli pasukan untuk menguasai perlawanan bola tampar yang sengit.

Selain itu, pelbagai mod menarik turut ditawarkan, termasuk mini game, kuiz trivia, dan aktiviti pembinaan pangkalan, menjadikan game ini penuh dengan kandungan menyeronokkan untuk peminat setia mahupun pemain baharu.

Lebih menarik, HAIKYU: FLY HIGH turut menampilkan suara dalam bahasa Jepun dan Inggeris oleh pelakon asal anime, memberikan pengalaman yang benar-benar autentik.

Tutorial berbahasa Inggeris yang disuarakan sepenuhnya oleh Kiyoko Shimizu, pengurus pasukan Karasuno High, turut disediakan untuk membantu pemain memahami mekanik gameplay dengan mudah.

Sejak sesi pra-pendaftaran dibuka pada 18 Februari 2025, game ini telah mencatat lebih 5 juta pendaftaran, membuka pelbagai ganjaran pencapaian. Setiap pemain yang mendaftar akan menerima hadiah pelancaran istimewa seperti Recruit Ticket, Diamond, Gold, item latihan dalam permainan, dan Shoyo Hinata Chat Frame eksklusif.

Peminat yang berminat boleh mula mendaftar sekarang melalui App Store atau Google Play di SINI dan ikuti perkembangan terkini menerusi laman web rasmi HAIKYU: FLY HIGH.

Tags: HAIKYU: FLY HIGH
ShareTweetSend
Previous Post

Kedai Rasmi Dragon Ball Pertama di Dunia Bakal Dibuka di Tokyo Tahun Ini!

Next Post

“Bukan Salinan Game Mobile” – Junzo Hosoi Jelaskan Pendekatan Baharu Atelier Resleriana

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
“Bukan Salinan Game Mobile” – Junzo Hosoi Jelaskan Pendekatan Baharu Atelier Resleriana

“Bukan Salinan Game Mobile” - Junzo Hosoi Jelaskan Pendekatan Baharu Atelier Resleriana

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd