Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Buat Masa Terhad, Anda Boleh Dapat Half-Life 2 Secara Percuma!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2024
in Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Buat Masa Terhad, Anda Boleh Dapat Half-Life 2 Secara Percuma!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk para gamer! Half-Life 2, salah satu game yang dianggap sebagai antara yang terbaik sepanjang zaman, kini boleh dimuat turun secara percuma di Steam! Game ini ditawarkan secara percuma sehingga 19 November 2024 pada pukul 2:00 pagi (waktu Malaysia).

Sekiranya anda memuat turun sebelum tarikh akhir, ia akan menjadi milik anda buat selamanya, tanpa sebarang bayaran tambahan. Ini adalah peluang emas, terutamanya bagi mereka yang belum pernah merasai pengalaman unik yang ditawarkan oleh francais ini.

Bagi mereka yang kurang tahu, Half-Life 2 ialah first-person shooter (FPS) yang dilancarkan pada 16 November 2004 oleh Valve Corporation, dan merupakan sekuel kepada Half-Life (1998). Menggabungkan elemen menembak, teka-teki, dan penceritaan, ia turut memperkenalkan mekanik baharu seperti kenderaan dan gameplay berasaskan fizik.

Pemain mengawal watak utama, Gordon Freeman, seorang saintis yang menyertai kumpulan penentang untuk membebaskan Bumi daripada kuasa asing, Combine, yang menguasai planet ini. Dengan bantuan Source game engine dan integrasi teknologi fizik Havok, Half-Life 2 memberikan pengalaman gaming paling realistik dan mengasyikkan pada zaman itu.

Sejak pelancarannya, Half-Life 2 telah menerima 39 anugerah Game of the Year dan dianggap sebagai salah satu game terbaik pernah dicipta. Dengan jualan mencecah 12 juta unit pada 2011 (sudah pasti jumlah ini telah meningkat 2-3 kali ganda), game ini kemudian dibawa ke pelbagai platform seperti Xbox, Xbox 360, PlayStation 3, macOS, dan Linux.

Selain promosi percuma Half-Life 2, Steam juga menawarkan The Orange Box, koleksi 7 game termasuk:

  • Half-Life 2
  • Deathmatch
  • Episode One
  • Episode Two
  • Lost Coast
  • Portal
  • Team Fortress 2

Koleksi ini kini ditawarkan dengan diskaun besar sehingga 90%, dari harga asal RM49.00 kepada hanya RM4.90. Promosi ini berlangsung sehingga 23 November 2024, menjadikannya peluang terbaik untuk mendalam dunia Half-Life sepenuhnya.

Tags: Half-Life 2steam
ShareTweetSend
Previous Post

Mobazane Mohon Maaf kepada MLBB Malaysia Selepas Insiden Jalur Gemilang

Next Post

Final Fantasy VII Remake Part 3 Dalam Pembangunan Aktif, Menurut Square Enix!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Remake Part 3 Dalam Pembangunan Aktif, Menurut Square Enix!

Final Fantasy VII Remake Part 3 Dalam Pembangunan Aktif, Menurut Square Enix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd