Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobazane Mohon Maaf kepada MLBB Malaysia Selepas Insiden Jalur Gemilang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 18, 2024
in Artikel, Berita, Esports, MOBA, Tempatan
0 0
0
Mobazane Mohon Maaf kepada MLBB Malaysia Selepas Insiden Jalur Gemilang
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain terkenal Michael “Mobazane” Cosgun dari pasukan BloodThirstyKings (BTK), menjadi perhatian besar selepas mencetuskan kemarahan komuniti e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia kerana tindakan tidak menghormati simbol negara Malaysia, iaitu bendera Jalur Gemilang.

Insiden itu berlaku selepas Mobazane tiba di Malaysia untuk menyertai kejohanan M6 World Championship. Dalam satu posting di akaun Instagramnya, Mobazane memaparkan gambar Jalur Gemilang dengan perkataan “NOOB” ditulis di atasnya.

Kredit: Mobazane

Tindakan ini dilihat sebagai penghinaan serius terhadap simbol negara dan telah mendapat kecaman meluas.

Persekutuan Esports Malaysia (MESF) mengeluarkan kenyataan rasmi, mengecam tindakan Mobazane sebagai tidak boleh diterima. Dalam kenyataan itu, MESF menyifatkan perbuatan tersebut sebagai penghinaan kepada simbol kebangsaan Malaysia.

MESF juga menuntut permohonan maaf terbuka daripada Mobazane dan menyeru kepada syarikat Moonton untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rasa hormat dan profesionalisme dalam komuniti esports.

Mobazane akhirnya mengeluarkan permohonan maaf melalui saluran media sosialnya, menurut WTM Today. Dalam kenyataan tersebut, dia menyatakan kekesalannya terhadap tindakan yang telah mencetuskan kemarahan ramai, terutamanya dalam kalangan peminat MLBB Malaysia.

“Saya seikhlas hati ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, dan juga sesiapa sahaja yang tersinggung dengan tindakan saya.

“Saya memahami bahawa niat tidak selalunya akan mencerminkan kesan tindakan kita, dan saya mengambil tanggungjawab penuh dengan posting saya.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya berjanji untuk belajar daripada kesilapan ini dan memastikan ia tidak berulang lagi.

Kredit: Mobile Legends Esports NA

Selain itu, MESF turut menyentuh isu lain melibatkan salah laku oleh pihak lain, seperti kesalahan bendera Malaysia yang dimuat naik oleh MPL Indonesia. MESF menekankan perlunya garis panduan yang lebih ketat untuk mencegah kejadian serupa di masa depan.

Tags: MalaysiaMobazaneMobile Legends
ShareTweetSend
Previous Post

Perjalanan Sejarah Pasukan Malaysia Sebagai Juara Dunia IESF World Esports Championship 2024: Mobile Legends!

Next Post

Buat Masa Terhad, Anda Boleh Dapat Half-Life 2 Secara Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Buat Masa Terhad, Anda Boleh Dapat Half-Life 2 Secara Percuma!

Buat Masa Terhad, Anda Boleh Dapat Half-Life 2 Secara Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd