Ubisoft dengan kerjasama Hasbro, secara rasmi membawa permainan keluarga no 1 di dunia iaitu MONOPOLY yang boleh dimainkan secara percuma pada semua orang untuk PC selama seminggu bermula hari ini hingga 27 April 2020!
Tawaran permainan MONOPOLY di PC adalah yang terbaru dalam rangkaian penawaran, percubaan dan potongan harga sepanjang bulan Ubisoft sebagai sebahagian daripada usaha global untuk menyokong orang yang tinggal di rumah disebabkan pandemik COVID-19. Inisiatif ini memberi peluang kepada orang untuk meluangkan masa dengan keluarga dan bersosial dengan rakan-rakan walaupun mereka berlatih dalam situasi PKP ini untuk keselamatan mereka. Semua tawaran akan tersedia di laman web rasmi Ubisoft.
Dengan permainan MONOPOLY, pemain akan dapat menikmati permainan yang mereka sudah lali dari zaman dahulu dan sukai kini di versi papan 3D yang unik. Apabila pemain maju dan melabur, bandar akan hidup, berkembang dan makmur di depan mata mereka. Pada permulaan setiap permainan, pemain dapat memilih salah satu dari enam House Rules yang dipilih oleh peminat MONOPOLY dari seluruh dunia atau membuat permainan pendek dengan Special Goals yang baru.
Jadi jangan lupa untuk muat turun percuma MONOPOLY dalam waktu PKP ni! Seronok main bersama keluarga tau!
@gamersantaimy
Discussion about this post