Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto fasa ‘timeskip’ semakin dekat – Pelukis beri “design baru” untuk watak utama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Boruto fasa ‘timeskip’ semakin dekat – Pelukis beri “design baru” untuk watak utama!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun menunggu, pelukis manga Boruto – Mikio Ikemoto – telah memberi sneak peek tentang reka bentuk baharu Boruto dan Kawaki ketika era ‘klimaks’. Bukan itu sahaja, teaser ini juga mungkin menandakan bahawa manga Boruto akhirnya bersedia untuk memasuki fasa ‘timeskip‘ tapi adakah itu benar? Mari kita kaji dahulu!

Menurut pemberi info @Abdul_S17, sebuah pertandingan khas sedang diadakan oleh laman web rasmi Naruto di mana mereka meminta “peminat untuk melukiskan ninja buatan sendiri”. Lukisan terpilih akan direka semula oleh Ikemoto dan pemenang turut akan menerima ilustrasi berwarna dengan autograf oleh Ikemoto.

Apa yang menarik adalah ilustrasi istimewa itu menampilkan Boruto dan Kawaki semasa era ‘timeskip’.

Apa yang berlaku semasa timeskip?

Mungkin ramai yang tidak tahu atau lupa apa yang terjadi, jadi izinkan saya beri rumusan.

Selepas kemusnahan Konoha, Boruto yang berusia 16 tahun berhadapan dengan Kawaki di saki-baki Batu Hokage. Kawaki mengancam untuk menamatkan era shinobi buat selama-lamanya, jadi Boruto memakai pelindung dahinya dan bersiap sedia untuk menghadapi “abangnya” sambil mengenang masa lalu. Pada ketika itu, kita tidak tahu apa yang terjadi pada Konoha dan dunia Shinobi termasuk nasib Naruto, Sasuke dan lain-lain.

Maka, mulalah kisah Boruto seperti yang korang semua lihat sekarang daripada akademi hingga ke genin/chuunin.

Pada usia 16 tahun, Boruto mempunyai parut besar di mata kanannya daripada dahi ke pipi. Tanda ‘Karma‘ di lengan kanannya menutupi sebahagian tangan dan kanan badannya. Selain memakai jubah ala Sasuke, Boruto juga memakai pelindung dahi dengan dua garisan bersilang.

Bagi Kawaki pula, dia mempunyai rambut lebih panjang manakala “Karma-nya” menutup hampir seluruh bahagian kiri muka dan badannya. Pada zaman itu, dia memakai selendang dan pakaian putih di dalam dan jaket hitam di luar.

Lukisan baru menandakan ‘timeskip’ semakin dekat?

Walau bagaimanapun, seperti saya kata tadi; Ikemoto telah mengeluarkan seni reka baharu watak di mana kedua-dua Boruto dan Kawaki dilukis dalam versi timeskip mereka, dengan beberapa perubahan.

Pertama, lukisan itu nampak lebih kemas berbanding dengan versi 2017. Reka bentuk baharu menunjukkan Kawaki lebih berambut panjang, manakala Boruto berambut pendek dan parut di mata kanannya lebih ketara berbanding dahulu.

Pihak produksi Shueisha boleh sahaja memilih mana-mana subjek untuk pertandingan di atas tetapi “mengapa mereka membuat keputusan untuk memberi ilustrasi Boruto dan Kawaki pada zaman timeskip?”. Secara tidak langsung, ini mungkin adalah teaser dan petanda era kegelapan shinobi semakin hampir.

Apa sedang berlaku di manga Boruto sekarang?

Dalam Boruto bab 77 (bab terkini manga) Kawaki telah memerangkap Hinata dan Naruto dalam dimensi Daikokuten menggunakan kuasa Karma.

Ini kerana dia sedar bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan nyawa Naruto adalah dengan menghapuskan semua anggota Otutusuki, termasuk Boruto – yang menghuni Otsutsuki Momoshiki. Keputusan ini serta merta mengubah peranannya sebagai protagonis kepada antagonis.

Jika Code (antagonis semasa) tiba-tiba melancarkan serangan ke atas Konoha, maka ia muat dengan plot “kemusnahan Kohona” di dalam timeskip.


Apa pendapat anda? Jom kongsikan di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang francais Boruto, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBorutoKawakimanganaruto
Previous Post

Black Clover 350 – Rancangan jahat Lucius terbongkar! Apa nasib Sister Lily lepas ini?

Next Post

Keistimewaan Sistem Efek Air dan Fizik — Interview Skull and Bones Bersama Kris Kirkpatrick Daripada Ubisoft Singapore!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Keistimewaan Sistem Efek Air dan Fizik — Interview Skull and Bones Bersama Kris Kirkpatrick Daripada Ubisoft Singapore!

Keistimewaan Sistem Efek Air dan Fizik -- Interview Skull and Bones Bersama Kris Kirkpatrick Daripada Ubisoft Singapore!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd