Intragames telah bekerjasama dengan Digital Tale untuk mengumumkan pelancaran rasmi Bookbound Brigade, sebuah game action-platform di PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC pada 30 Januari 2020! Kalau anda nak tahu kami berkesempatan untuk mencuba game ini di acara G-Star. Ini adalah pautan kepada artikel lepas kami.
Bookbound Brigade adalah game ber-genre Metroidvania di mana watak-watak sejarah dan sastera bergabung menjadi pasukan untuk menyelamatkan dunia mereka daripada dihapuskan. Anggota Brigade terdiri daripada 8 watak terkenal seperti King Arthur dari Knights of the Round Table, Dracula the Vampire, outlaw Robin Hood, Dorothy dari Wizard of Oz dan Sun Wukong dari Journey to the West.
Anggota Brigade bergerak dan bertarung dalam formasi serta boleh diaturkan secara berbeza dengan setiap watak mempunyai set kemahiran dan statistik istimewa yang mempengaruhi kekuatan pasukan.
Hero-hero ini akan meneroka LIMA dunia bertema, sambil memperoleh kemahiran baru, bertarung dengan raksasa, dan menyelesaikan teka-teki. Selepas memperoleh kemahiran baru, pemain dapat mengakses kawasan baru dan misi yang lebih menarik dan mencabar menantikan anda.
Bookbound Brigade akan tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 4, dan
Windows PC melalui Steam pada 30 Januari, 2020 pada nilai harga RM87. Game ini menyokong bahasa Inggeris, bahasa Korea, bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa Perancis, bahasa Itali, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, dan bahasa Portugis/ Brazil. Tunggu apa lagi? Mari menjiwai tokoh-tokoh sejarah terkenal!
@gamersantaimy
Discussion about this post