Peminat Blizzard di seluruh dunia kini sedang menonton acara BlizzConline dan pengumuman pertama mereka adalah untuk Blizzard Arcade Collection, sebuah bundle yang terdiri dari tiga game klasik Blizzard. Peminat kini berpeluang untuk mengulang semula sejarah studio dengan permainan The Lost Vikings, Rock N Roll Racing, dan Blackthorne.
The Lost Vikings, yang asalnya dikeluarkan pada tahun 1992, adalah game puzzle platformer di mana pemain mengawal tiga viking, masing-masing dengan kuasa utama mereka sendiri. Rock N Roll Racing pula adalah game perlumbaan isometrik dan pertempuran kereta. Akhir sekali kita ada Blackthorne, yang merupakan platformer sinematik 2D yang berlangsung dalam suasana sci-fi heavy metal.
Sekiranya tiga game klasik ini tidak cukup, Blizzard juga telah membuat edisi definitif untuk setiap tajuk. Ini merangkumi fungsi seperti kemampuan untuk mengulang semula aksi pada masa yang diperlukan, menukar fungsi butang, ciri “instant save” (kecuali untuk Rock N Roll Racing), dan Watch Mode yang membolehkan “playthrough” automatik.
Bundle ini akan tersedia di platform PC, PS4, Switch, dan Xbox One. Ia juga akan tersedia untuk PS5 dan Xbox Series X melalui fitur backward compatibility. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post