Blizzard tak serik lagi rupanya, sebelum ni kena tibai dengan Abang Long baju merah sebab Diablo yang terbaru iaitu Diablo Immortal adalah untuk Port Mobile sahaja, yang memang semua orang tepuk dahi sebab tak percaya Blizzard buat perkara ni kepada peminat mereka sendiri. Pastinya selepas insiden itu mereka akan berubah…..kan?
Blizzard sekarang ni telah mencadangkan yang mereka mahukan buat Warcraft dalam bentuk Pokemon Go. Yes, aku tak bohong sebab ada source cakap yang mereka mahukan buat untuk peminat mereka yang pasti tak seorang pun nakkan Warcraft dalam betuk Pokemon GO. Just imagine eh? Apa gameplay korang nampak untuk Warcraft dalam bentuk Pokemon GO? Lagipun banyak perkerja Blizzard peminat Pokemon GO dan diorang sukakan idea tu.
Tapi, never say never sebab bermungkinan mereka akan menggunakan nama Warcraft GO untuk nama game yang akan digunakan dalam Warcraft versi Pokemon GO. So, Walaupun ada yang kata unlikely tetapi past experience menunjukkan yang sekarang Blizzard sanggup buat the unthinkable iaitu Diablo Immortal, tetapi kalau diorang nak buat juga, make sure it’s a good one.
@gamersantaimy
Discussion about this post