Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover: Latar belakang Kapten Yami didedahkan, ternyata dia seperti Itachi [SPOILER]

safwan by safwan
November 3, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Pendapat
0 0
0
Black Clover: Latar belakang Kapten Yami didedahkan, ternyata dia seperti Itachi [SPOILER]

Sumber: Twitter @minaxaArt

Share on FacebookShare on Twitter

Kembali lagi dalam siri Black Clover, kita telah didedahkan yang Yami Sukehiro telah membunuh seluruh clan-nya. Walau bagaimanapun, Tabata langsung tidak mendedahkan cerita bagaimana Yami seorang kanak-kanak berumur 13 tahun membunuh seluruh clan.

Dan pada bab kali ini, kita telah didedahkan yang banyak maklumat baharu mengenai clan Yami dan sedikit latar belakang tentang Land of Sun. Ya, apa yang saya nak ceritakan ini akan mengandungi SPOILER, jadi kalau nak baca klik butang di bawah:

AMARAN! ADA SPOILER MANGA BLACK CLOVER!!
Sumber: MangaPlus

Dalam bab Black Clover 342, kita telah didedahkan dengan adegan di mana Yami sedang berlatih dengan bapanya yang sedang mabuk dan mengatakan yang Yoryoku dan darah Clan sedang sengsara. Tetapi Yami membalas dengan mengatakan yang itu hanya pemikiran bapanya sendiri dan bukan apa yang berlaku sebenarnya.

Selepas itu, Yami menunjukkan kekuatannya dengan menepis serangan bapanya menggunakan pedang kayu dan terkeluar sedikit Yoryoku. Bapanya gelak besar dan mengatakan yang Yami mempunyai lebih banyak Yoryoku berbanding anak Lord Land of Sand. Lalu Sukehiro berlalu pergi memancing bersama adiknya.

Sumber: MangaPlus

Dalam bab ini juga kita dapat lihat yang hubungan Ryu bersama para penduduk serta Sukehiro sangat akrab dan dia sangat merendah diri. Dia mempunyai impian di mana Ryu ingin membawa keseimbangan diantara Rank atau pun Yoryoku.

Sumber: MangaPlus

Selang beberapa panel, kita telah didedahkan dengan lebih terperinci lagi mengenai Yami Sukehiro sebagai pembunuh clan Yami. Dia berada di tengah dan dikelilingi oleh badan tidak bernyawa Clan Yami termasuk bapanya. Yami yang memegang pedang berdarah pada waktu itu, sudah pasti dia telah disangka membunuh kesemuanya ahli clannya.

Lagi-lagi, dengan satu panel yang ditambah oleh Tabata menunjukkan mata Yami yang tidak mempunyai sebarang perasaan pada waktu itu. Sudah jelas lagi nyata yang Yami telah berbuat sedemikian.

Sumber: MangaPlus

Sebelum itu, kita dapat lihat Ryu sedang mendukung Ichika yang kelihatan sangat lemah. Mereka berdua berkemungkinan terlibat sama dalam pertarungan tersebut di mana muka dan badan Ryu berdarah dengan sangat teruk. Dan mungkin Ryu telah berusaha untuk menghentikan Yami tetapi dia tidak mampu.

Dengan maklumat yang diperolehi dalam bab demi bab, semakin banyak persoalan dan spekulasi yang ditinggalkan oleh peminat. Buat masa sekarang, agak susah untuk saya membuat sebarang spekulasi tetapi saya yakin yang Yami tidak membunuh semua clannya tetapi di fitnah atau dituduh oleh adiknya sendiri.

Sumber: MangaPlus

Bab terbaru berakhir dengan Ichika sangat marah kepada Asta lalu mengeluarkan form terkuatnya iaitu “Dark Yojutsu: Dark Cloaked Black Warrior” untuk mengalahkan atau “membunuh” Asta.

Memandangkan bab berakhir dengan menunjukkan form Ichika, nampaknya kita akan lihat perlawanan Ichika bersama Asta dengan lebih serius pada minggu depan. Korang rasa siapa yang akan menang dalam perlawanan ini? Pilih sama ada Ichika atau Asta dan tulis jawapan korang di ruangan komen! Untuk liputan lain mengenai Black Clover, sila klik pautan ini.

Previous Post

Pencipta One Punch Man akan keluarkan manga baru, VERSUS!

Next Post

Siri Huawei Mate 50 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, harga bermula dari RM3699!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siri Huawei Mate 50 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, harga bermula dari RM3699!

Siri Huawei Mate 50 dilancarkan secara rasmi di Malaysia, harga bermula dari RM3699!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd